Ronaldo akan pergi, akui tidak punya banyak masa

MANCHESTER: Bagi kebanyakan pemain bola sepak, menghampiri usia 40 tahun waktu paling sesuai untuk bersara, namun Cristiano Ronaldo sebaliknya berminat untuk kekal bermain sehingga umurnya mencecah 50 meskipun sedar kecergasannya tidak sehebat dulu.

Kini, di usia 37 tahun, bintang Portugal dan Manchester United itu masih mahu menambah koleksi kejuaraan.

Ronaldo dikhabarkan mahu bermain sehingga umurnya 40-an dan bercita-cita menambah trofi sebelum bersara, walaupun pada masa sama mengakui tidak mempunyai banyak masa lagi untuk kekal menjadi pemain.

Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ­bersama Manchester United musim ini selepas meninggalkan Juventus, dengan meledak 15 gol dalam 29 penampilannya setakat ini.

Jumlah gol itu menunjukkan kadar jaringannya menurun, malah angka perbezaan jari­ngannya juga jauh berban­ding tahun-tahun kemuncaknya di ­Madrid, iaitu sekurang-kurangnya satu gol dalam setiap perlawanan.

“Sukar untuk mengatakan saya tidak mahu lebih banyak (kejuaraan).

“Jika saya berada di kelab yang memberi saya peluang memenangi lebih banyak perkara, mengapa tidak, begitu juga dalam pasukan kebangsaan.

“Saya tahu saya tidak mempunyai banyak masa lagi untuk bermain, empat atau lima ­tahun.

“Kita akan lihat, dan saya mahu memenangi lebih banyak perkara,” katanya kepada DAZN.

Kata Ronaldo, pada usia 37 tahun dia perlu bermain dengan bijak kerana sedar kudratnya tidak sekuat dulu.

“Anda perlu bijak dan tahu bahawa usia 18, 20 atau 25 tahun tidak sama dengan 35 tahun.

“Ia memerlukan kematangan, pengalaman dan kecerdasan untuk memahami mungkin anda kehila­ngan beberapa perkara lain, bagi memenangi sesuatu.

“Anda perlu mempunyai keseimba­ngan yang betul untuk terus bersaing dan berada di tahap tertinggi.

“Ia tidak mudah tapi kelihatan seperti mudah bila melibatkan saya. Tahun demi tahun angka (umur) bercakap untuk diri saya sendiri,” katanya. – AGENSI

Ronaldo akan pergi, akui tidak punya banyak masa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara

Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker