Jangan ambil mudah! Murtad jenayah dalam Islam

Golongan evangelist bertepuk tangan kerana memudahkan ‘kerja-kerja’ mereka

Gejala murtad atau keluar daripada agama Islam adalah satu jenayah berat dan tindakannya bukan perkara main-main.

Ketua Setiausaha Kluster Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Noor Azib Asmangi berkata, individu beragama Islam yang murtad akan mendapat hukuman berat bukan sahaja di dunia, malah akan diazab di akhirat.

Jelasnya, perbuatan individu murtad dan mengisytiharkan perbuatannya jauh lebih berat berbanding mereka yang jatuh kafir.

Katanya, pegangan agama individu terbabit telah rosak secara tersembunyi atau tidak disengajakan.



“Ini kerana individu murtad dengan bangganya melanggar perintah Allah dan telah mempromosikan kemungkaran.

Elak Hukum Seseorang Murtad Tanpa Bukti – Dr. Zulkifli

“Lebih-lebih lagi mereka yang ramai pengikutnya di kalangan orang muda,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.



Mengulas lanjut, beliau berkata, agama Islam adalah agama yang diturunkan Allah SWT, yang juga satu-satunya agama yang benar dan diterimaNya.

Justeru, kesucian agama Islam ini harus dipelihara dan diperkasakan oleh semua pihak termasuk pemerintah.

“Golongan evangelist akan bertepuk tangan kerana tindakan mengisytiharkan murtad sebegini akan memudahkan kerja-kerja mereka.

“Kejahatan murtad ini sebab dia jahat dengan Allah (kufur), jahat dengan pemerintah kerana memperlekehkan undang-undang dan hukum.



“Dia juga jahat dengan orang lain kerana boleh jadi asbab kepada kemungkaran melata dan jahat dengan diri sendiri yang ingkar dengan amanah Allah,” katanya.

“Encik Sajat Nak Murtad Kenapa Salahkan Orang Lain?” ‘Perbuatan Sajat Persendakan Agama, Dosa Besar!’-PU Syed



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker