Pembubaran Parlimen boleh hapus ketidaktentuan ekonomi – pakar ekonomi

Pembubaran Parlimen boleh hapus ketidaktentuan ekonomi – pakar ekonomi

Pembubaran Parlimen hari ini yang membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dijalankan akan menjadikan pasaran lebih jelas, kata seorang penganalisis.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran, Carmelo Ferlito, berkata pelabur akan lebih mengetahui apa bakal berlaku dalam tempoh beberapa tahun akan datang.



Katanya, ahli politik kini perlu menunjukkan kepada pelabur apakah visi Malaysia yang akan mereka bawakan untuk meyakinkan pelabur datang ke negara ini.

“Mereka (ahli politik) perlu yakinkan pelabur bahawa Malaysia mengalu-alukan dan mempromosikan aktiviti ekonomi dan mereka hanya dapat yakinkan pelabur dengan menunjukkan bagaimana mereka akan menangani masalah peningkatan campur tangan kerajaan dalam pasaran,” katanya kepada FMT.

Ferlito berkata, pelabur enggan melabur wang mereka di Malaysia kerana kurangnya visi dan agenda ekonomi yang jelas, keadaan yang berlaku akibat ketidakstabilan politik sejak 2018.

“Sejak itu, landskap pelaburan di Malaysia menurun dan ini berpunca daripada pelbagai isu seperti larangan pengambilan buruh, campur tangan kerajaan dalam ekonomi menerusi penetapan harga siling. Ini menyebabkan pelabur tidak datang,” katanya.



Ferlito berkata, pilihan raya umum penting untuk meletakkan kembali Malaysia di landasan agenda reformasi yang bertujuan membina ekonomi lebih terbuka dan mengukuhkan sikap pro-pasaran.

Ketika pilihan raya berlangsung, Ferlito menjangkakan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Mereka mahu melihat parti mana yang akan memerintah sebelum mengambil keputusan untuk melabur,” katanya.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sulaiman Mahbob berkata, tanggungjawab kerajaan baharu adalah membentangkan semula bajet baharu kerana Bajet 2023 yang dibentangkan menteri kewangan pada Jumaat lalu tidak terpakai dengan pembubaran Parlimen.



Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU15 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Katanya, pilihan raya umum perlu diadakan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memulihkan semula ketidakstabilan politik negara selepas tiga perubahan pentadbiran dalam tempoh dua tahun setengah. FMT

Pembubaran Parlimen boleh hapus ketidaktentuan ekonomi – pakar ekonomi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker