[VIDEO] Pengantin Adakan Majlis Dalam Pesawat Untuk Elak Sekatan Covid-19

BAGI mengelak sekatan yang dikenakan kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, pasangan pengantin di India mengambil keputusan untuk adakan majlis perkahwinan mereka ketika berada di udara.

Menurut laporan BBC, pasangan tersebut menyewa sebuah pesawat bagi mengadakan majlis perkahwinan mereka bersama 160 tetamu jemputan.

Pesawat berkenaan dipercayai berlepas dari Tamil Nadu yang mengehadkan bilangan tetamu majlis perkahwinan kepada 50 jemputan sahaja.

Seorang pegawai daripada Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) memberitahu Times of India, seorang anak kapal yang bertugas di pesawat SpiceJet ketika kejadian, telah digantung kerja.



Menurut jurucakap SpiceJet, pesawat Boeing 737 itu ditempah untuk perjalanan dari Madurai ke Bangalore bagi membawa pasangan pengantin itu berbulan madu, lapor Indian Express.

Jelasnya ketika membuat tempahan, pasangan berkenaan telah diberitahu tentang prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan syarikat berkenaan serta larangan adakan sebarang majlis di dalam pesawat.

Hospital dan pusat pembakaran mayat sesak sejak beberapa minggu lalu menyebabkan kekurangan bekalan oksiden selain pembakaran mayat dilakukan sepanjang hari.

Ramai yang tidak mampu membayar kos pembakaran mayat terpaksa tanam ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19 di tepi sungai Ganges secara haram.



Mayat mangsa turut dilaporkan terapung di sungai berkenaan.

Bangkit selepas ‘terduduk’..Dari Pilot Kapalterbang ke Pilot Lori



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker