Bekas Timbalan Presiden PAS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 16 tuduhan pecah amanah berhubung gaji diterimanya ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Nassar.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu pada 22 September lalu selepas Pejabat Peguam Negara menerima representasi dikemukakan Nasharudin.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Zaki Mohd Salleh ketika dihubungi, berkata Nasharudin masih berdepan 14 tuduhan pecah amanah berjumlah RM3.65 juta.



“Nasharudin mengemukakan representasi kepada Pejabat Peguam Negara pada 7 Julai lalu.

33 pertuduhan bukti saya tak ambil RM90 juta dari Umno, kata Nasharudin

“Namun, bagi 14 lagi tuduhan pecah amanah, mahkamah menetapkan 20 November ini untuk sebutan semula kes,” katanya.



Pada 22 November 2019, Nasharuddin didakwa atas 30 pertuduhan pecah amanah membabitkan jumlah sebanyak RM3.6 juta.

Ia bagi pembayaran gajinya sebagai Pengerusi Yayasan Nassar selama 16 bulan, pembelian hartanah di Bandar Puteri Bangi, kos katering perkahwinan, pinjaman dan yuran pengajian anaknya, akaun peribadi dan pembelian saham serta geran penyelidikan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 2015 hingga 2018 dan semua kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Jalan Sinar Pagi, Country Heights, Hulu Langat serta di Maybank cawangan Menara FELDA di KLCC.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda.



SPRM bingung bila Tommy Thomas terkejut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker