PRN Johor : Janji Menipu… Buat Apa?

Oleh Leftenan Adnan

Seorang pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin meluahkan kesalan terhadap apa yang dijanjikan dahulu tidak ditepati kepada Saudara Mohd. Hairi Mad Shah yang merupakan calon Barisan Nasional (BN).

Dalam masa sama, pengundi tersebut yang berusia 75 tahun menyatakan orang menipu tuhan tidak suka tengok apa yang terjadi di PRN Melaka baru-baru ini.

Dun Larkin yang sebelum ini disandang Datuk Mohd Izhar Ahmad mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



PRN bagi Dun Larkin bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru, Barisan Nasional (BN) menampilkan, Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah manakala calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) iaitu Ketua Penerangan Muda Johor, Rasid Abu Bakar.

Perikatan Nasional (PN) pula menampilkan bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri iaitu Zulkifli Bujang yang juga bekas wartawan penyiaran disamping calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Zamil Najwah Arbain.

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menampilkan Mohamad Riadz Hashim serta penampilan calon bebas Norramadan Buan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker