Tajuddin ingatkan MP kerajaan, jangan bawa sentimen PRN Johor dalam parlimen

Ahli Parlimen kerajaan diingatkan supaya tidak membawa sentimen kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke Dewan Rakyat ataupun dalam pentadbiran di peringkat persekutuan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Tajuddin Abdul Rahman, berkata ahli Parlimen perlu menghayati titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar kurangkan berpolitik dan fokus kepada usaha membantu rakyat.

“Sebagai BBC, peranan paling utama kita adalah menyokong kerajaan bagi memastikan kerajaan tidak tergugat, tidak terganggu dengan perkara-perkara lain yang tidak penting.



“BBC terdiri daripada pelbagai parti politik, kerajaan kita didukung parti politik yang berbeza, sekarang ini pilihan raya sedang berlangsung.

“Jadi saya ingatkan diri saya dan juga rakan-rakan semua dalam BBC supaya jangan dibawa politik di Johor itu ke dalam dewan (Dewan Rakyat) sini. Johor tinggal di Johor, itu padang yang berlainan,” katanya ketika ditemui hari ini.

BN dan Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan pusat kini bertembung sengit di PRN Johor, sama seperti PRN Melaka pada November lalu.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah bertitah agarahli politik di negara ini perlu fokus kepada usaha menjaga kepentingan rakyat, menerusi dua rangkap pantun pada akhir titah semasa merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 hari ini



Titah baginda lagi, bagi menghadapi 2022, semua pihak perlumengukuhkan strategi dan ketahanan dalam mendepani cabaran Covid-19 dengan pemulihan ekonomi negara perlu disegerakan.

“Bantu dan mudahkan segala urusan rakyat untuk membina semula kehidupan mereka dengan rasa selamat, aman dan makmur demi negara kita yang tercinta,” titahnya.

Mengulas lanjut Tajuddin mengingatkan agar ahli Parlimen BBC supaya memberi fokus kepada isu rakyat berbanding membangkitkan soal politik.

Bahkan katanya, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah menghalang mana-mana menteri dalam kerajaan untuk turun membantu kempen parti masing-masing secara berhemah di Johor.



“Menteri dalam Kabinet pun berlainan parti, bila berlainan parti jangan ingat perdana menteri ini bukan ketua kita.

“Bila kamu dalam Kabinet, perdana menteri lantik anda sebagai menteri, timbalan menteri. Anda dalam satu pasukan, tiada (mengikut) parti dah,” katanya lagi.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker