Kempen naratif ‘kluster mahkamah’ oleh lawan tiada kesan pada BN sebab rakyat dah muak

Naratif ‘kluster mahkamah’ yang digunakan untuk berkempen oleh segelintir pihak tidak akan menjejaskan peluang kemenangan BN pada PRN Johor kali ini.

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, yang menafikan dakwaan kononnya semua kes mahkamah melibatkan pemimpin tertinggi Umno akan digugurkan jika BN menang pada PRN Johor, berkata ia hanya naratif lama yang dikitar semula oleh pihak lawan.

“BN menang di PRN Melaka pun tidak memberi kesan kepada kes di mahkamah. Kalau kita menang di Johor, apa kena-mengena dengan kluster mahkamah.



“Adakah hakim akan ‘terpukau’ dengan kemenangan di Johor,” katanya selepas bertemu jentera BN bagi kerusi DUN Machap di Balai Islam Jalan Peladang di Kluang, hari ini.

Timbalan Presiden Umno itu juga berkata jentera BN kini menjalankan kajian sikap kedua bagi benar-benar mengenal pasti kehendak pengundi baru di Johor.

Dia berkata langkah itu bagi pusat gerakan BN mengatur strategi untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pengundi yang pertama kali mengundi.

Pengarah PRN Johor bagi BN itu mengakui sukar untuk menjangkakan emosi atau sikap pengundi kali pertama di Johor.



Mohamad turut mengingatkan jentera BN agar tidak mengambil mudah pengundi ‘putih.’

“Pasal pengundi putih, sebagai contoh kalau ibunya Ketua Wanita Umno bahagian, tidak semestinya seluruh keluarga akan menyokong Umno,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 12 Mac manakala undi awal pada 8 Mac.

-Bernama




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker