Teresa Kok didakwa makan gaji buta, shopping lazada ketika sidang parlimen

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong di Twitter mengongsikan gambar skrin komputer Kok ketika di Parlimen, yang memaparkan imej pakaian dan mendakwa beliau makan gaji buta kerana shopping baju di platform online

Walau bagaimanapun Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menafikan bahawa dia membeli belah secara dalam talian semasa sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pemimpin DAP itu sebaliknya berkata dia hanya klik pada iklan ketika membaca berita dalam talian.



Tangkap layar ciapan itu kemudian dimuat naik bekas perdana menteri Najib Razak dalam hantaran di Facebooknya.

“Saya sedang membaca berita di portal berita dan kemudian melihat iklan itu…jadi saya klik iklan itu.

“Kemudian saya kembali membaca berita. Iklan itu muncul dalam FMT dan Malaysiakini.

Dia juga menunjukkan salinan iklan di portal yang dikliknya.



Hari ini merupakan hari pertama sidang Dewan Rakyat untuk tahun ini.

Pada hari pertama sidang, Dewan Rakyat dan Dewan Negara biasanya bersidang bersama untuk mendengar titah Yang di-Pertuan Agong.

Agenda Parlimen esok diteruskan dengan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.

Beberapa agenda dijadual mengambil tempat dalam sidang kali ini, termasuk pengenalan hukuman lebih berat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan pengenalan Rang Undang-undang antigangguan seksual.



Untuk sesi kali ini, Parlimen akan bersidang sehingga 24 Mac.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker