Pelajar tahfiz lemas dihanyut arus deras banjir

 

PASIR MAS – Seorang pelajar tahfiz ditemui lemas selapas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kampung Kedapan, Banggol Kulim, Rantau Panjang di sini hari ini.

Mayat mangsa, Hawari Kaday, 15, ditemui lemas kira-kira pukul 3.55 petang tadi oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang dan Unit Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan itu.



Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam semalam yang memaklum seorang remaja lemas dibawa arus banjir.

Menurutnya, selepas lebih 19 jam hilang, mayat mangsa akhirnya ditemui di Kampung Kedapan petang tadi.

“Mayat mangsa terus dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas. Selain itu, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh badan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini hari ini.Mohd. Nasaruddin memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker