Kerajaan PN Nafi Barang Naik, Tapi Najib ‘Kantoikan’ Dengan Data Kerajaan Sendiri

 

Saya baca ramai yang minta saya naikkan isu harga barang yang semakin menaik menjelang raya sebab kerajaan PN menafi.

Saya pun check dengan menggunakan applikasi dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
– Harga ikan kembung sehingga RM24 satu kg.
– Harga ayam setinggi RM12 satu kg
– Harga daging cecah RM40 satu kg.



Harga-harga ini tak tinggi ke?

Harga ini dari applikasi kementerian sendiri.

Jadi, kenapa pula kerajaan PN nak menafi?

Perbezaan Dua Bantuan Wakil Rakyat, Antara Keikhlasan dan Mencari Laba Politik



“14 Apr: Tak benar harga ayam RM10 sekilo, kata menteri” https://www.freemalaysiatoday.com/…/tak-benar-harga…/

Bulan Februari lalu, saya pernah memberi amaran bahawa kadar inflasi akan memuncak sebab kerajaan PN tak dengar nasihat saya pada bulan Mac 2020 lalu untuk letakkan harga lantai untuk harga minyak tempatan semasa harga minyak dunia menjunam untuk elak inflasi apabila harga memulih.

Saya juga minta kerajaan PN untuk jangan tarik keseluruhan diskaun elektrik yang diberi secara sekaligus.



“13 Feb 2021: Tarik diskaun elektrik, kenaikan harga petrol beri impak kepada perubahan kadar inflasi, kata Najib” https://www.freemalaysiatoday.com/…/tarik-diskaun…/

Tapi tidak didengar kerajaan PN.

Akibatnya, pada bulan lepas BNM terpaksa mengeluarkan amaran bahawa kadar inflasi akan mencecah 5% pada suku ke-2 tahun ini (iaitu tepat pada masa raya)



“31 Mac 2021: Dari segi trajektori, inflasi keseluruhan dijangka meningkat secara sementara melepasi 5.0 peratus pada suku kedua 2021 disebabkan kesan asas yang rendah daripada harga bahan bakar runcit domestik yang rendah pada suku yang sama tahun 2020 sebelum menyederhana selepas itu,” kata Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus hari ini.

https://www.astroawani.com/…/inflasi-keseluruhan-akan…

Memang ianya kebiasaan untuk harga barang naik sebelum setiap perayaan besar tapi tidak pernah naik setinggi ini – terutamanya pada ketika pendapatan orang ramai masih belum memulih dalam pandemik Covid ini.

Akibatnya, Rakyat yang paling terkesan dengan kenaikan mendadak harga barang pada ketika pendapatan serta ekonomi belum memulih, kadar pengangguran masih tinggi dan penularan Covid semakin mengganas semula.



Seakan-akan ekonomi Malaysia sudah jatuh ke kategori “stagflation” pada ketika ini – iaitu keadaan ekonomi yang paling tidak diingini bagi mana-mana negara.

Stagflation = “Persistent high inflation combined with high unemployment and stagnant demand in a country’s economy.”
(Mujur kali ini, Najib dan GST tak boleh disalahkan)

FB: Najib Razak

 



Isu dipukul kerana berpuasa, SUHAKAM jangan berdiam diri

Related Articles

One Comment

  1. Lawaklah Bossku. Apa2 pun PN/PH akan tetap salahkan Bossku, BN dan GST. Mereka nie sanggup kata Malaysia dah rosak, “mundur” dan bankrapsi sejak 61 tahun BN memerintah.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker