Sarawak mahu jadi hab penerbangan dunia macam Dubai – Abang Jo

Sarawak mahu jadi hab penerbangan dunia macam Dubai – Abang Jo

Sarawak mahu menjadi hab utama penerbangan sama seperti di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila syarikat penerbangannya mula beroperasi kelak.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata status sebagai hab penerbangan dunia juga bakal membuka peluang ekonomi yang besar buat negeri ini.



“Jika kita gunakan model itu (Dubai) kita boleh membawa lebih banyak (peluang) ekonomi kepada rakyat kita. Sebab itu kita mahu ambil alih serta wujudkan syarikat penerbangan sendiri, bukan sahaja untuk mengimbangi harga pasaran tiket penerbangan malah untuk nilai tambah lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hotel Sheraton Kuching, malam tadi.

Pada 20 Dis tahun lepas, Abang Johari berkata proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Sarawak dijangka dimuktamadkan pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

Dia berkata pada masa ini proses penilaian wajar terhadap syarikat itu sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan bersama Kementerian Pengangkutan Persekutuan dan Khazanah Nasional Berhad. FMT

Sarawak mahu jadi hab penerbangan dunia macam Dubai – Abang Jo



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker