Mahkamah tambah hukuman penjara, Abang sado koyak, menangis insaf

MOHAMMAD Zaim Faiz Tarmizi didakwa mencederakan dua pekerja restoran di Mahkamah Majistret Cameron Highlands hari ini.

 

Lelaki yang tular kerana menunjal kepala seorang pemandu wanita baru-baru ini, menangis ketika membuat rayuan di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan dua pekerja restoran, Ahad lalu.

Tertuduh, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, gagal menahan sebak ketika mengemukakan rayuan di hadapan Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas V. Dennis Pillai, 23, dan lelaki warga India, Samir Das, 28.



Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran di Tanah Rata dalam daerah Cameron Highlands pada pukul 4.20 petang, 4 Jun 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Punitha manakala tertuduh yang juga penyelia di sebuah kilang di Serdang, Selangor itu tidak diwakili peguam.

Terdahulu, dalam nada sebak dan teresak, Mohammad Zaim memohon dikenakan hukuman denda yang paling minimum mengambil kira tanggungan seorang anak dan isteri yang sarat hamil.



Tertuduh juga mengakui menyesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

“Saya mohon hukuman denda kerana kes pertama (di Penjara Tapah), telah dikenakan penjara tujuh hari. Saya mempunyai anak yang masih kecil dan isteri yang hampir bersalin.

“Saya merayu untuk membayar denda. Saya berasa bersalah dan menyesali perbuatan yang dilakukan. Saya janji tidak akan ulangi perbuatan itu lagi,” katanya

Sementara itu, Punitha berkata, hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakannya yang sengaja mendatangkan kecederaan kepada dua mangsa tanpa sebab munasabah.



Katanya, tindakan tertuduh itu telah menyebabkan kedua-dua mangsa yang bekerja di restoran tersebut mengalami trauma.

“Saya percaya, jika tertuduh tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di restoran itu, tertuduh boleh membuat aduan tanpa mengambil tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Qasiratul Jannah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sembilan hari dan denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan kedua-dua hukuman berjalan serentak mulai tarikh ditangkap pada semalam.

Tertuduh juga berdepan hukuman penjara sembilan hari lagi jika gagal membayar denda berkenaan.



Berdasarkan fakta kes, Mohammad Zaim telah memaki hamun dan memarahi dua pekerja restoran dengan kata-kata kesat seperti babi sebelum menampar mereka masing-masing sebanyak dua dan empat kali di pipi.

Lelaki itu dikatakan bertindak demikian kerana pesanan makanan yang diminta lambat sampai.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun



Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker