Unsung Hero! Siti Rahmah Kassim Sanggup ‘Gadaikan’ Gelang Emas Pernikahan Demi Kemerdekaan Negara

Siapa yang pernah dengar nama Siti Rahmah Kassim? Beliau ni merupakan seorang pejuang kemerdekaan dan jasa serta pengorbanan beliau sepatutnya dicontohi semua.

Sempena Hari Merdeka ni, marilah kita imbau kembali perjuangan Allahy4rhamah Datuk Hajah Siti Rahmah Haji Kassim yang telah sumbangkan gelang demi kemerdekaan negara.

 



1. Merupakan seorang guru yang berasal dari Negeri Sembilan

Siti Rahmah merupakan bekas guru di Sekolah Perempuan Melayu Sungai Star, Parit Buntar, Perak, namun berasal dari Kampung Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 30 November 1926 dan menlnggal dunia pada 24 Mac 2017 kerana saklt tua.

Mempunyai empat orang anak perempuan dan seorang anak lelaki serta sentiasa mendapat sokongan padu suaminya, Allahyarham Ustaz Mohd Majzub Haji Yunus dalam perjuangannya.

2. Mendapat gelaran Tokoh Gelang Kemerdekaan



Kalau nak tau, Siti Rahmah merupakan orang Malaysia pertama yang menyerahkan gelang emas hadiah pernikahan daripada ayahnya, kepada Tunku Abdul Rahman.

Tujuan beliau menyumbangkan gelang emas itu adalah untuk membantu membiayai perjalanan ke London dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari Inggeris. Disebabkan itu, beliau digelar Tokoh Gelang Kemerdekaan.

3. Terpanggil untuk membantu selepas melihat Tunku Abdul Rahman



Ketika Preslden UMNO Tunku Abdul Rahman berbicara di Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir, Melaka, Tunku menitiskan air mata dan mengatakan bersama raja-raja Semenanjung Malaya hendak ke London bagi menuntut kemerdekaan dari mereka. Kata Tunku,

Namun begitu, UMNO pada masa itu tiada duit untuk membiayai perjalanan ke sana. Titisan air mata Tunku membuatkan Siti Rahmah membuat keputusan untuk tidak mementingkan diri sendiri.

Beliau berdiri dan berkata,

“Tunku, saya terpanggil apabila mendengar ucapan Tunku. Dengan ini, patik menyumbangkan gelang emas kesayangan patik demi kemerdekaan negara. Saya ikhlas. Jika ada 10 gelang emas, semuanya akan diberikan kepada Tunku.”



4. Menjadi inspirasi kepada yang lain

Dengan izin Tunku, Siti Rahmah menyeru agar orang lain untuk turut menyumbangkan apa yang mereka ada bagi membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman dalam menuntut kemerdekaan.

Oleh sebab ini, para pembesar UMNO dan hadirin yang lain turut sama menyumbangkan wang serta barangan lain seperti rantai emas, kerongsang, jam, pin baju, cincin dan subang termasuk tongkat berkepala emas.

Video Player



[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/09/rahmah-1.mp4[/KGVID]
5. Sumbangan tak dipersetujui ibunya

Siti Rahmah cuba merahsiakan hal gelang emas itu kepada ibunya namun, ada orang lain yang akhirnya memberitahu ibu beliau. Bila dapat tahu, ibunya marah kerana tidak setuju Siti Rahmah memberikan gelang emas hadiah pemberian bapanya kepada Tunku.

Bukan setakat itu je, Siti Rahmah juga dipukul sehingga berdrah. Baju Siti Rahmah yang berdarah itu disimpannya sebagai kenangan “Titisan Darah Kemerdekaan”.

“Ibu saya masih berfikiran konservatif. Saya fikir ibu bangga dengan saya tetapi sangkaan itu meleset. Ibu menunggu kepulangan saya dengan rotan belah empat. Dia tidak boleh menerima tlndakan saya menyerahkan gelang hadiah perkahwinan itu kepada Tunku. Ibu merotan belakang saya sebanyak lima kali di tempat yang sama. Saya menangls namun ibu tidak hiraukan dan dia hanya berhenti merotan selepas baju saya dibasahi d4rah.”

6. Penglibatan dalam politik 



Bukan calang-calang orang, Siti Rahmah juga pernah berkeclmpung dalam dunia politik. Beliau pernah dilantik menjadi Pegawai Penerangan UMN0 Malaya di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tan Sri Syed Jaafar Albar

Selain menjadi Ketua Kaum Ibu Bahagian Rembau, beliau juga merupakan wanita pertama yang yang menyandang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan, kawasan Terentang dari tahun 1959 hingga 1969 atas tiket Perikatan.

Semasa hayat beliau, Siti Rahmah sangat aktif serta banyak menghabiskan masa membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO). Menurut beliau, itu merupakan platform untuk mengetengahkan cadangan dan idea baru dalam usaha meningkatkan kesedaran wanita dalam usaha memajukan ekonomi negara.

 

7. Perjuangan Siti Rahmah mendapat pengiktirafan

Pengorbanan serta perjuangan beliau pastinya mendapat pengiktirafan dan beliau dianugerahkan Tokoh Wanita UMNO Malaysia, Tokoh Ibu Mithali Peringkat Negeri Sembilan, Tokoh Wanita PERKIM dan Srikandi Negara serta darjah kebesaran seperti Ahli Mangku Negara dan Johan Setia Mahkota. Tapi yang pasti, tiada siapa dapat lupakan jasa Tokong Gelang Kemerdekaan ni.

Mungkin zaman sekarang, apalah sangat jumlah gelang emas tu. Tapi pada masa itu, gelang itulah yang dapat membantu negara mengecapi kemerdekaan.

Al-fatihan buat Siti Rahmah Kassim. Semoga rah beliau sentiasa dicucuri rahmat olehNYA. Amin.

Sumber: dedah.co
Via lobak merah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker