Hormat kehendak akar umbi, beberapa bahagian Umno Melaka tolak kerjasama dengan Bersatu

Hormat kehendak akar umbi, beberapa bahagian Umno Melaka tolak kerjasama dengan Bersatu

MELAKA: Beberapa bahagian Umno di negeri ini menolak sebarang kerjasama diadakan antara parti dengan Bersatu dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.

Ketua Umno Tangga Batu Mohamad Ali Mohamad yang mewakili kumpulan berkenaan berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati kehendak akar umbi selain terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kerjasama itu tidak dapat diadakan.

“Keputusan yang kami buat adalah atas kehendak akar umbi. Ketetapan ini adalah yang terakhir kita buat. Maknanya kita tidak ada lagi perbincangan atau apa-apa pendekatan untuk bersama dengan Bersatu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno Kota Melaka Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Umno Hang Tuah Jaya Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Timbalan Ketua Umno Alor Gajah Rosepandi Leman.

Dalam pada itu, Mohamad Ali juga mahu Umno memperkukuhkan Mufakat Nasional (MN) bersama PAS bagi menghadapi PRN berkenaan.

“Jadi saya menyeru kepada semua ahli Umno dan PAS untuk kita bersama-sama dalam usaha memenangi PRN Melaka pada kali ini bagi kebaikan rakyat keseluruhan di Melaka,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). FMT

Hormat kehendak akar umbi, beberapa bahagian Umno Melaka tolak kerjasama dengan Bersatu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker