Titisan air mata Sulaiman

Titisan air mata Sulaiman

Tular di media sosial video yang memaparkan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tidak dapat menahan sebak ketika mengadakan perjumpaan bersama kakitangannya.

Menerusi perkongsian Ratunaga di TikTok, suasana suram itu dipercayai berlangsung di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi tadi.

Orang ramai turut berkongsi kesedihan atas peletakan jawatan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12.

“Salah seorang ketua menteri yang dekat dengan rakyat dan selalu solat berjemaah di masjid,” komen seorang pengguna.

“Yang Berhormat (YB) Sulaiman ini seorang wakil rakyat yang bagus,” ujar redline27.

Hari ini, Kosmo! melaporkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal berlangsung esok, pukul 3 petang.

Perkara itu dimaklumkan secara rasmi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi.

Zaidi berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12. K Online

Titisan air mata Sulaiman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker