Perbincangan hati ke hati, Zahid yakin PM dapat selesaikan krisis Sabah

KOTA KINABALU: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yakin krisis politik di Sabah akan berakhir tidak lama lagi selepas cubaan untuk menjatuhkan Ketua Menteri Hajiji Noor pada minggu lalu gagal.

Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan dengan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah di sini, Zahid berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dari “hati ke hati” dengan Hajiji malam ini.

“Kami yakin akan dapat mencari jalan menyelesaikan krisis ini dan kami akan mencapai keputusan menang-menang.



“Saya yakin selepas pertemuan itu tamat, Anwar akan bertemu anda (media) dan memaklumkan kepada semua mengenai keputusan yang dicapai dalam perbincangan itu,” kata Zahid.

Anwar dan Zahid juga akan bertemu pemimpin dari Umno Sabah dan parti lain seperti Gabungan Rakyat Sabah dan Warisan.

Pada Jumaat lalu, BN Sabah dan Umno menarik sokongan kepada Hajiji ketika timbul spekulasi Umno Sabah dan Warisan bekerjasama untuk membentuk kerajaan negeri.

Hajiji semalam berkata, beliau mempunyai sokongan 44 daripada 79 ADUN dan sudah menghantar akuan bersumpah (SD) kepada ketua menteri sehari sebelum itu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur



Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker