Anggota tentera ditemukan lemas di Sungai Leleh

Mayat Mohd Sabbrie Syahrie (gambar kecil) ditemukan lemas di Sungai Leleh, Bukit Ibam, Muadzam Shah pada petang Selasa. – Foto ihsan JBPM Pahang

ROMPIN – Seorang anggota tentera ditemui lemas selepas disyaki terjatuh ketika mandi di Sungai Leleh, Bukit Ibam Muadzam Shah, pada Selasa.

Mayat mangsa, Mohd Sabbrie Syahrie Mohd Shah, 28, ditemui di dasar sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 6.55 petang

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima laporan pada jam 3.17 petang.

“Operasi SAR turut dibantu Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) dari BBP Pekan dan Kuantan.

“Operasi pencarian dilakukan di kawasan permukaan sebelum anggota PPDA melakukan selamat sehingga mangsa berjaya ditemui,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker