Syafiq mahu beraya dengan Syamsul

Syafiq mahu beraya dengan Syamsul

Pengarah Syafiq Yusof berharap kemelut rumah tangga abangnya, Syamsul Yusof segera berakhir agar mereka sekeluarga dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama seperti dahulu.

Syafiq, 30, berkata, Aidilfitri adalah peluang untuk mereka sekeluarga berkumpul semula dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.



“Saya harap kami sekeluarga dapat berkumpul pada pagi hari raya pertama seperti dulu. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Hari raya peluang untuk bermaaf-maafan.

“Tapi kalau tidak pun saya akan pergi beraya ke rumah dia bersama isteri,” ujarnya yang ditemui di majlis pelancaran filem Polis Evo 3, di Six In The City, di sini, semalam.

Disoal mengenai kesediaannya bertemu isteri baharu Syamsul iaitu Ira Kazar, Syafiq berkata, dia belum ada perancangan untuk berjumpa wanita itu.

Selain itu, Syafiq berkata, dia sering bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat agar abangnya tidak berasa keseorangan dalam menjalani kemelut rumah tangganya bersama isteri pertama, Puteri Sarah.



“Sebagai adik saya kasihan dengan dia kerana dikecam kiri kanan, semua orang serang dia. Saya tak pernah nampak lagi orang yang kena serang macam dia kena.

“Saya selalu kirim pesanan WhatsApp kepada dia beri kata-kata semangat sebab saya tak mahu dia rasa bersendirian. Saya percaya dia seorang yang tabah dan perkembangan berita terbaharu pun nampak macam dia sudah okey.

“Saya harap isu ini selesai dan semua orang boleh meneruskan kehidupan masing-masing” ujarnya.

Mengulas berita terkini Syamsul dan Puteri Sarah yang bersetuju untuk bercerai pada 18 April ini, Syafiq menganggap itu sebagai jalan terbaik bagi menyelesaian kemelut mereka.



“Jika kedua-duanya bersetuju dengan keputusan itu, saya rasa itu jalan terbaik. Kalau perkara itu dapat menyelesaikan masalah ini, saya syukur. Alhamdulillah,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang hubungan Syamsul dengan ibu bapanya, Syafiq berkata, dia sentiasa berharap ada jalan untuk berdamai.

“Saya ada cakap dengan mak ayah, sudah-sudahlah jangan gaduh-gaduh. Saya tidak boleh komen mana betul mana salah.

“Masalah ini dah berlarutan terlalu lama dan memenatkan bagi sebuah keluarga,” ujarnya.



Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah akan berakhir selepas pengarah sensasi itu bersetuju menceraikan isteri pertamanya secara baik pada 18 April ini. K Online

Syafiq mahu beraya dengan Syamsul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker