Lelaki tidak berbaju beli tuala wanita

Lelaki tidak berbaju beli tuala wanita

Seorang lelaki bertubuh sasa menjadi tular di aplikasi TikTok selepas dia mengunjungi sebuah kedai runcit untuk membeli tuala wanita dalam keadaan tidak berbaju, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi akaun TikTok milik @koko.lee84, lelaki tersebut dilihat mengunjungi sebuah kedai runcit dan mencapai satu paket tuala wanita.

“Jangan fikir anda kacak jika tidak berani berbuat begini,” demikian tulis keterangan pada video tersebut.

Menerusi video tersebut, lelaki itu difahamkan bertindak demikian selepas dicabar oleh salah seorang pengguna TikTok yang tidak selesa melihat lelaki itu mengunjungi kedai runcit dengan hanya memakai sehelai seluar pendek.

“Jangan acah-acah kacak, anda berani atau tidak untuk berpakaian begini dan membeli tuala wanita di Alfamart?” tulis seorang netizen.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu kemudiannya menyahut cabaran tersebut dan merakam video dia membeli tuala wanita dengan tidak memakai baju.

Video tersebut sehingga kini sudah ditonton sebanyak 760,000 kali dengan 49,000 tanda suka. K Online

Lelaki tidak berbaju beli tuala wanita


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker