Video Andi ajar BamBam cakap Melayu tular

Video Andi ajar BamBam cakap Melayu tular

Program realiti adaptasi Korea Selatan, Master In The House Malaysia mencipta fenomena apabila tular dalam media sosial berikutan konsep diketengahkan berbeza.

Lebih menarik, program menampilkan lima selebriti popular Malaysia, Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan ahli kumpulan Cassia, Meyrasam turut tular.

Ini berikutan foto dan video dirakam hos, Andi dan Rose bersama penyanyi dan penggubah lagu berbakat besar yang juga anggota kumpulan GOT7 iaitu BamBam dalam program realiti itu meraih perhatian.



Antara video trending adalah video bersama BamBam dikongsi Andi dalam laman Instagram (IG) apabila mengajar anggota kumpulan GOT7 itu menyebut perkataan ‘mak kau hijau’ sehingga menjadi tular sebelum program Master In The House Malaysia memulakan episod pertama di TV3, kelmarin.

Mengulas mengenai video itu, Andi berkata, dia tidak menyangka klip video yang dirakam sekadar suka-suka trending di laman Twitter.

“Secara kebetulan, saya memakai baju hijau dan anak BamBam berada di sisinya turut mengenakan warna sama ketika video dirakamkan.

“Disebabkan saya tak tahu nak cakap apa, saya ajar BamBam perkataan ‘mak kau hijau’. Saya terangkan kepadanya makna ayat, cuma saya tidak sempat tunjuk video asal yang boleh menyebabkannya tular.



“Saya tak sangka ramai terhibur gelagat BamBam ketika menyebut ayat ini. Setakat ini, tiada lagi netizen marah-marah. Lagipun, ayat ini bukan perkataan tak senonoh,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi keperibadian bintang K-Pop popular itu, penyanyi lagu Satu Peluang dan Donde ini kagum dengan sifat rendah diri BamBam.

“Satu dunia kenal siapa BamBam kerana beliau adalah super star. Sebelum bertemu dengannya, kami sangkakan BamBam sukar didekati berikutan statusnya itu. Nyata, andaian tersasar kerana BamBam mudah mesra dan tidak pernah meletakkan jurang walaupun terkenal seluruh dunia.

“Selepas tamat rakaman, BamBam tidak pernah mengasingkan diri atau buat hal sendiri, sebaliknya melepak, makan dan minum bersama kami.



“Sifat merendah diri inilah membuatkan kami cukup selesa dengannya. Disebabkan itu, saya berani rakam video ini kerana saya tahu BamBam suka bergurau,” cerita Andi.

Tambahnya, perkongsian BamBam bagaimana memulakan kerjaya seni di Korea Selatan turut memberi inspirasi kepada dirinya dan artis lain.

“Banyak cerita menarik dikongsi. Paling menyentuh hati dan memberi impak pengalamannya merantau ke Korea Selatan pada usia belasan tahun dan survival sebagai warga Thailand yang mencuba nasib di negara orang,” katanya.

Program realiti terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dengan kerjasama stesen penyiaran, SBS Korea ini akan disiarkan sebanyak 10 episod setiap Sabtu, jam 10 malam. BH

Video Andi ajar BamBam cakap Melayu tular


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker