Pentadbiran Muhyiddin huru-hara, saya stabilkan – Ismail

#PRU15

Pentadbiran Muhyiddin huru-hara, saya stabilkan – Ismail

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya cermin diri dan mengenang kembali situasi huru-hara yang pernah berlaku sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri berkata, ketika Muhyiddin memimpin pada waktu itu landskap politik negara dalam suasana huru-hara.



Katanya, ketika mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan ia bukan mudah kerana beliau terpaksa menguruskan baki kerja yang ditinggalkan oleh Muhyiddin.

“Masa saya ambil alih daripada Pengerusi PN, waktu itu kes COVID-19 lebih 24,000 iaitu paling tinggi di negara ini termasuk ratusan kes kematian sehari, manakala katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital juga tidak mencukupi.

“Saya ambil alih daripada dia (Muhyiddin) sewaktu COVID-19 tengah teruk dan ekonomi juga merudum dengan teruk, tetapi selepas beberapa bulan kita dapat menurunkan kes wabak itu kerana kadar vaksinasi kita salah satu yang terbaik di dunia dan paling tinggi.

“Akhirnya boleh buka sempadan dan bukan saja ekonomi, malah semua sektor lain sehingga peniaga pun boleh berniaga, ekonomi semakin pulih, COVID-19 berjaya diuruskan dan ekonomi berjaya dipulihkan.



“Waktu dia perintah, huru-hara dari segi politik negara. Apabila saya memerintah, saya jadi Perdana Menteri kita lakukan MoU (memorandum persefahaman) antara kerajaan dan pembangkang yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra bersama keluarga FELDA Lasah di sini, pagi tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan calon BN Sungai Siput, Tan Sri SA Vigneswaran.

Ismail Sabri berkata, MoU itu begitu mustahak kerana ia menjamin kestabilan politik negara, sekali gus apa yang dikecapi pentadbiran ketika itu satu kejayaan yang gagal dicapai di bawah Muhyiddin.



Sehubungan itu, Perdana Menteri menolak sebarang permainan politik namun di pihaknya, beliau mempertahankan sebarang dakwaan menggunakan fakta.

“Ini menunjukkan mereka tidak berpijak di bumi yang nyata. Bagaimana mereka boleh kata kita gagal dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita meningkat setiap suku.

“Suku pertama kita dapat lima peratus, suku kedua 8.9 peratus salah satu tertinggi di Asia Tenggara. Terbaru suku ketiga 14.2 peratus tertinggi di rantau ini.

“Kalau kata kita gagal, nombor tidak menipu. Nombor amat jelas. Dari segi kadar pengangguran kita kurangkan daripada lebih lima peratus kepada sekarang jadi 3.6 peratus.



“Ikutkan setiap bulan kadar pengangguran dapat dikurangkan, tak pernah naik sejak saya mengambil alih.

“Data itu menunjukkan kita berjaya dan tidak berjaya adalah mereka dan mereka juga tak boleh menerima hakikat kita berjaya. Tolong tunjukkan nombor (statistik) dan saya tunjukkan nombor yang menunjukkan kejayaan,” katanya. BH

Pentadbiran Muhyiddin huru-hara, saya stabilkan – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz



Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker