Trak bawa 24 anggota tentera pergi mengundi terbalik, dua parah

#PRU15

Trak bawa 24 anggota tentera pergi mengundi terbalik, dua parah

REMBAU: Sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa 24 anggota ke pusat pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terlibat nahas dan terbalik dalam kejadian di Kampung Durian Daun, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi tadi itu, 18 daripada mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital dengan dua daripadanya menerima rawatan di zon merah Hospital Rembau.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, kemalangan berkenaan membabitkan lori Regimen 11 Kor Armor Diraja Gemas yang dalam perjalanan ke Port Dickson.

“Daripada maklumat awal yang diterima, trak ini dalam perjalanan ke Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson bagi tujuan mengundi awal.

“Kesemua mangsa yang cedera telah pun dibawa ke Hospital Rembau untuk menerima rawatan dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, Penolong Penguasa Bomba, Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata, 18 mangsa dikejarkan ke hospital manakala enam lagi anggota tentera menerima rawatan di lokasi kejadian.

“Daripada 18 mangsa yang dihantar ke hospital, dua mangsa di zon merah, tujuh di zon kuning dan sembilan lagi di zon hijau.

“Kesemua mangsa dihantar menggunakan lima unit ambulan terdiri daripada dua buah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) daripada BBP Seremban dan Tampin serta tiga lagi ambulan KKM dan APM,” katanya.



Tambahnya, enam lagi mangsa yang hanya menjalani rawatan awal di tempat kejadian diserahkan kepada pihak polis dan ATM untuk tindakan seterusnya. Aw

Trak bawa 24 anggota tentera pergi mengundi terbalik, dua parah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz



Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker