Vidyananthan Tahu Apa Yang Rakyat Kahang Perlukan

Oleh Nurul Aishah

YB Vidyananthan Ramanadhan adalah merupakan Ahli Dewan Negeri Johor untuk Kahang (N31) yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia sejak 2008 lalu.

Kini beliau merupakan Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN itu lagi dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) Johor setelah menyandang kerusi tersebut dari tahun 2008 lagi.

Vidyananthan sememangnya memberikan fokus kepada program berkisar pertanian. Selain daripada itu juga golongan belia di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang turut diberi pendedahan tentang Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.



Sepanjang beliau menjadi wakil rakyat kawasan, beliau telah melaksanakan pelbagai program bagi golongan muda termasuk latihan berkaitan IR4.0, latihan kemahiran dan teknikal.

“Latihan seperti ini akan memudahkan golongan belia di Kahang mendapatkan persijilan dan pekerjaan yang menjanjikan kadar gaji yang lebih baik. Latihan kemahiran seperti wiring dan bengkel kereta juga disediakan,” kata Vidyananthan.

Menurut beliau lagi, pertanian yang diusahakan secara tradisional berpuluh tahun di kawasan itu juga boleh dimajukan dengan permerkasaan teknologi moden termasuk IR 4.0.



Kebanyakkan masalah di Dun Kahang telah berjaya beliau selesaikan. Antara masalah tersebut berkaitan tebatan banjir, perparitan dan saliran. Beliau juga sentiasa memastikan semua kemudahan infrastruktur seperti sekolah dan perhentian bas berada dalam keadaan baik.

Vidyananthan menegaskan yang kehendak dan keperluan masyarakat adalah berbeza berdasarkan geografi sesuatu kawasan.

“Kahang merupakan kawasan luar bandar. Di sini terdapat tanah rancangan FELDA, perkampungan tradisi, perkampungan Orang Asli, kampung baharu dan kampung orang India. Mungkin di kawasan bandar, bangunan pencakar langit dilihat sebagai konteks pembangunan tetapi ia tidak berlaku di sini,” katanya.



Beliau yang juga Pengerusi MIC Johor yakin dapat mengekalkan kerusi DUN tradisi MIC selama tiga penggal berturut-turut itu kerana beliau sentiasa konsisten dengan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.

Malah beliau percaya penduduk Kahang dan BN berpuas hati dengan prestasi beliau kerana masih diberikan peluang dan dicalonkan bertanding dalam PRN Johor bagi mewakili suara rakyat di Kahang.

Bagi kerusi Kahang (N31), Vidyananthan dicabar oleh Daud Yusof (Perikatan Nasional), Rohani Banu Abd Rahman Krishnan (Pakatan Harapan) dan Rosdi Amir mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Membela nasib penduduk Kahang adalah keutamaan beliau. Apa sahaja isu yang menjejaskan kesejahteraan penduduk akan sentiasa  beliau ketengahkan seperti isu pencemaran Sungai Bahang dan lain-lain lagi. Jom kita undi Vidyananthan pada 12 Mac ini.



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker