Undur, undur apa cerita, Bung bidas MCA

Undur, undur apa cerita, Bung bidas MCA

Ketua Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin membidas gesaan MCA supaya Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai tidak berasas dan tidak “cermin diri”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, MCA sepatutnya sedar dengan pencapaian sendiri yang hanya memenangi dua daripada 44 kerusi ditandinginya pada pilihan raya umum ke-15.



“Tidak adil untuk menuding jari kepada hanya seorang pemimpin sedangkan salah sendiri tidak pula diakui, selain MCA dilihat tidak menghormati institusi presiden selaku pucuk pimpinan dalam BN.

“MCA janganlah gesa itu ini, gesa lagi pengerusi kita (Zahid) berundur apa cerita?

“Mereka ini tidak sedarkah hanya dapat menang dua kerusi daripada puluhan kerusi yang diberikan pengerusi kepada mereka, itu pun kerusi yang ada ramai pengundi Melayu.

“Cerminlah diri terlebih dahulu sebelum buat keputusan, kita di BN ini tetap tenang menghadapi situasi, jangan kalutkan keadaan,” katanya dalam kenyataan.



Terdahulu, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon meminta Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan menggantikan Zahid, susulan pendedahan surat kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa gabungan itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10.

Katanya, MCA percaya Zahid tidak lagi layak memimpin BN dan perlu meletak jawatan sebagai pengerusi kerana mendakwa surat Zahid itu menyimpang daripada keputusan Dewan Tertinggi BN semalam.

Bung meminta semua pihak bertenang menghadapi senario politik semasa.

“Bagi pihak BN pula, saya berpendapat kita komited dalam status pembangkang seperti yang diputuskan pucuk pimpinan.



“Akan tetapi, sekarang situasinya berbeda pula, kita jadi pembangkang pun kena bising, mahu pro sana pun kena bising, mahu pro ‘sinun’ pun kena bising.

“Jadi saya harap semua pihak bertenang dan untuk kita di BN ini, saya berpendapat, ‘keep calm and trust president’,” katanya. FMT

Undur, undur apa cerita, Bung bidas MCA


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak



Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker