Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO

 

Khabar angin dari ibu pejabat UMNO di bangunan World Trade Center bertiup kencang membawa berita tentang kemasukan semula Khairy Jamaluddin (KJ) ke dalam UMNO.

Di kalangan pemimpin dan akar umbi UMNO memberikan respon berbeza apabila mendengar berita tersebut.

Ada yang menyambut baik berita tersebut.

Alasan mereka ibarat cincin kembali ke jari.

Kemasukan semula KJ mampu memperkukuhkan UMNO yang kini di lihat masih terkial-kial menarik kembali sokongan orang Melayu.

Dalil mereka adalah populariti rancangan podcast Keluar Sekejap (KS) yang di kendalikan KJ bersama Shahril Hamdan mendapat sambutan hangat terutamanya di kalangan anak muda.

Sekiranya KJ berjaya menarik minat anak muda untuk menonton KS, tentulah perkara yang sama boleh beliau lakukan terhadap parti.

Namun bagi penulis, menarik minat anak muda untuk mendengar podcast bukan jaminan mereka akan menyertai, menyokong dan mengundi UMNO.

Ada juga di kalangan pemimpin dan akar umbi UMNO yang tidak senang dengan berita yang diterima.

Bagi mereka, apa yang KJ lakukan ketika kempen PRU 15 masih segar di ingatan.

Luka yang ditinggalkan masih berdarah dan pedihnya masih terasa.

Amat sukar untuk mereka maafkan KJ.

Penulis memahami apa yang mereka rasakan serta kebimbangan di hati mereka.

Menghina institusi presiden parti dan parti sendiri adalah perbuatan yang sangat-sangat tidak beretika.

Pro Dan Kontra Kemasukan Semula KJ Ke Dalam UMNO

 

Mungkin benar apa yang dikatakan penyokong KJ yang berada di dalam UMNO benar.

Dengan populariti KS, dakwaan KJ akan menarik sokongan anak muda kepada parti ada asasnya.

Tetapi jangan lupa, KJ pernah mendapat platfom yang lebih besar untuk menarik sokongan anak muda kepada parti.

Beliau pernah dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan pernah dilantik sebagai Menteri Belia & Sukan.

Dua jawatan yang berurusan terus dengan anak muda.

Tetapi berjayakah beliau menarik sokongan anak muda kepada parti?

Pemimpin mesti dinilai dari peluang dan pencapaian yang pernah mereka perolehi.

Bukan dari janji-janji manis mengenai apa yang akan mereka lakukan.

Juga benar, perbuatan KJ menghina institusi presiden dan parti adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

Namun begitu, setiap orang pasti akan melakukan kesilapan.

Dan orang yang melakukan kesilapan wajar diberi peluang kedua.

Tetapi sejak dipecat dari UMNO, pernahkah KJ meminta maaf secara terbuka kepada pemimpin dan akar umbi UMNO?

Pernahkah beliau menyatakan kekesalan atas apa yang beliau lakukan?

Pernahkah beliau mempertahankan UMNO sejak beliau dipecat?

Atau beliau secara konsisten mengecam UMNO?

Pada pandangan penulis, tidak ada salahnya untuk UMNO menerima kembali kemasukan KJ.

Tetapi biarlah ianya bermula semula sebagai ahli biasa.

Bukan dengan laluan fast track untuk beliau kembali berada di kepimpinan tertinggi UMNO.

Biarlah KJ belajar sekali lagi arti perjuangan dan pengorbanan dan kesetiaan kepada parti.

UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu untuk agama, bangsa dan tanah air.

Tidak ada tempat dalam UMNO untuk politikus yang mahu menunggang UMNO demi memenuhi serakah kuasa dan harta peribadi.

Kita serahkan kepada kebijaksanaan pemimpin untuk membuat keputusan.

 

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker