Polis tembak mati penjenayah, tahan 8 rakan subahat
Polis tembak mati penjenayah, tahan 8 rakan subahat
Seorang penjenayah yang disyaki mendalangi kejadian samun membabitkan kerugian lebih RM600,000 tahun lalu, ditembak mati dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Taman Salak Selatan di sini, kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata serbuan dilakukan dalam satu operasi khas oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kira-kira jam 10 malam.
“Ketika serbuan dijalankan, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis dan bagi melindungi nyawa pegawai dan anggota, pihak polis melepaskan tembakan balas.
“Selepas keadaan reda, polis menemui suspek, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dalam bilik utama kediaman itu dan pasukan perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mengesahkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Azmi berkata, pemeriksaan lanjut di tempat serbuan menemui sepucuk pistol separa automatik jenis CZ 75 Compact berwarna hitam yang digunakan suspek mengandungi lima butir peluru di kelopak dan sebutir peluru pada silinder peluru serta sebutir bom tangan.
“Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan tiga rekod orang dikehendaki membabitkan kes ugutan jenayah, Akta Senjata Api dan dadah.
“Selain itu, suspek juga pernah ditangkap untuk siasatan pembabitannya dalam 26 kes pelbagai jenayah termasuk kes bunuh, samun bersenjata api, dadah dan ugutan jenayah,” katanya.
Azmi berkata, suspek dipercayai terbabit dengan satu kes samun dilakukan tiga lelaki bersenjatakan pisau di sebuah rumah di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras dan melarikan wang tunai, barang kemas serta tiga jam tangan mewah membabitkan kerugian RM693,000 pada 11 November tahun lalu.
“Susulan operasi ini, pasukan D9 JSJ Polis Kontinjen Kuala Lumpur melancarkan Op Tiger dan berjaya menahan lapan lagi suspek termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 67 tahun di sekitar Lembah Klang dengan tangkapan terbaru dilakukan jam 6 pagi tadi.
“Hasil soal siasat, kita turut berjaya merampas sepucuk lagi pistol jenis CZ Compact bersama dua kelopak pistol berisi 28 butir peluru di sebuah gudang di Klang Utara, Selangor,” katanya.
Azmi berkata, kumpulan penjenayah ini dipercayai mendalangi sekurang-kurangnya 15 kes samun sejak 2009, selain terbabit kegiatan jenayah lain termasuk bunuh dan pengedaran dadah.
Katanya, setakat ini pihaknya membuka siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan bunuh), Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan.
Permohonan reman ke atas lapan suspek dilakukan hari ini. BH
Polis tembak mati penjenayah, tahan 8 rakan subahat
Baca Artikel Menarik:
- Kucing makan tuan
- Nurul Izzah tuai emas di New Delhi
- Hina Nabi: Malaysia hantar wakil khas ke India
- Kenyataan Johor keluar Malaysia adalah serius – Mahathir
- Muhyiddin tak serah RM1.3 juta kepada bendahari Bersatu – Mahathir
- Kenapa SPRM tak siasat dari awal nama pemimpin tinggi dalam lejar UKSB – Haniff
- Bawa lari pelajar dari Klang, rogol di Melaka
- Polis tahan lelaki disyaki serang Jagdeep
- Saintis temui lohong hitam yang boleh ‘menelan’ Bumi
- Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Parti Politik
- Glasier Kiamat di Antartika mencair lebih cepat
- Ajal ibu muda di mesin basuh
- Pelakon belasah penghuni kondo, polis perlu masa jalankan siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.