Ismail tiba di UAE untuk lawatan kerja empat hari

Ismail tiba di UAE untuk lawatan kerja empat hari

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8.25 pagi Isnin untuk lawatan kerja selama empat hari bermula hari ini.

Ketibaannya disambut oleh Menteri Tenaga dan Infrastruktur UAE Suhail Mohammed Al Mazrouei, Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Kamarudin Jaffar, Duta Besar UAE ke Malaysia Khalid Ghanim Mohammed Alghaith serta wakil-wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Presiden UAE.



Pada hari pertama lawatannya, Perdana Menteri dijadual bertemu Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, di Istana Presiden di Abu Dhabi.

Ia bakal menjadi pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin sejak Sheikh Mohamed dilantik sebagai Presiden UAE pada 14 Mei lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, fokus perbincangan antara kedua-dua pemimpin termasuk meneroka bidang kerjasama berpotensi bagi mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan UAE.

Antara bidang tumpuan baharu termasuk ekonomi digital, keselamatan makanan, pendigitalan pendidikan, tenaga boleh baharu serta penyertaan Malaysia dalam Program Legasi 5-Tahun.



Sebelum pertemuan dua hala itu, Ismail Sabri turut mengadakan lawatan ke Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dengan fokus utama ialah prospek kerjasama antara ADNOC dan Petronas dalam bidang minyak dan gas serta tenaga boleh baharu. HM

Ismail tiba di UAE untuk lawatan kerja empat hari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker