Kenyataan provokasi, Ramasamy dipanggil mengadap Bukit Aman
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dipanggil ke Bukit Aman pada Khamis berhubung kenyataan didakwa berunsur “provokasi” mengaitkan pihak berkuasa agama Perlis dengan isu anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong.
Ramasamy ketika dihubungi berkata, beliau akan ke Bukit Aman bersama peguamnya pada 11 pagi nanti.
“Saya tentu akan bekerjasama dengan polis. Saya tiada apa-apa untuk disembunyikan. Saya bersedia kerana tidak mempunyai sebarang isu agama di pihak saya.
“Saya hanya menyuarakan kebimbangan seorang ibu yang kehilangan anak-anaknya dan kini beliau sudah mendapatkan anaknya kembali,” =
Ramasamy meminta polis turut menyiasat Mufti Perlis, Asri Zainul Abidin kerana mendakwa isu terbabit pada mulanya menjadi isu agama dan perkauman disebabkan Asri dan “gengnya”.
Pada 23 Feb lalu, polis dilaporkan sedang menyiasat Ramasamy berhubung hantaran Facebooknya bertajuk “Penukaran agama secara unilateral di Perlis? Perasaan situasi yang berulang lagi”.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 dan 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selepas polis menerima laporan terhadap pemimpin DAP itu.
Pengislaman tiga anak Loh tanpa kebenarannya oleh Jabatan Agama Islam Perlis menjadi polemik, selepas pelbagai pihak menyatakan tindakan itu bercanggah keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2018, yang menetapkan kebenaran ibu dan bapa wajib untuk menukar agama anak di bawah 18 tahun.
Kenyataan provokasi, Ramasamy dipanggil mengadap Bukit Aman
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor
- Mahathir semua ‘taktau’
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu
- Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis
- Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya
- Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Leissner sogok suami Zeti
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah
Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]
Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot
You must be logged in to post a comment.