Kerjasama PH-BN bukan punca utama pengundi pilih PN

Kerjasama PH-BN bukan punca utama pengundi pilih PN

Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan bukan faktor penolakan pengundi terhadap gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata sebaliknya banyak faktor lain yang mempengaruhi pola pengundian itu.

“Dalam konteks di Negeri Sembilan misalnya, kerjasama ini (PH-BN) telah membuahkan kejayaan yang besar, kita menang 31 daripada 36 kerusi.

“Ini suatu kejayaan besar dan bagi kita, model kerjasama di Negeri Sembilan telah berjaya menubuhkan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil dan majoriti yang selesa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Begitu juga di Selangor dan Pulau Pinang kita berjaya tubuh kerajaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pelbagai pihak bahawa isu kerjasama PH-BN telah mempengaruhi keputusan pengundian dan menyebabkan pengundi, khususnya orang Melayu, memilih Perikatan Nasional (PN) pada PRN, Sabtu lalu.

Terdahulu, beliau mengumumkan inisiatif Tambang Percuma myBas Konsesi Bagi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) di Terminal One, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai isu yang melanda kepemimpinan UMNO turut memberi impak kepada PH-BN, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, berkata perkara itu terpulang kepada persepsi masing-masing.

Beliau yang mempertahankan kerusi DUN Chennah berkata, pihaknya menyerahkan kepada penganalisis untuk membuat analisis mengenai keputusan PRN di enam buah negeri.

“Dari segi penilaian (sokongan pengundi) itu saya serahkan kepada penganalisa, yang akan buat macam-macam analisis, terpulang lah kepada masing-masing,” katanya.

Menurutnya, pada masa ini fokusnya adalah kembali menjalankan tugas bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat kerana pemenang telah ditentukan.

“Bagi saya, akan teruskan kerja sebagai Menteri Pengangkutan bagi menambah baik sistem pengangkutan dan bawa pelbagai inisiatif kepada rakyat.

“Sekarang masanya untuk kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat, soal analisis kejayaan, kegagalan PRN dan sebagainya terpulang kepada penganalisa politik masing-masing,” katanya.

Pada PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, PN menyapu 146 kerusi daripada keseluruhan 245 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, penganalisis menyifatkan undi popular gabungan parti itu berada hampir sama dengan blok PH-BN.

PN memperoleh 49.3 peratus undi popular manakala gabungan PH-BN pula, meraih 49.5 undi popular.

PN mengungguli majoriti undi popular bagi segmen pengundi Melayu manakala PH-BN pula meraihnya daripada pengundi segmen etnik bercampur, selain undi Melayu di kawasan bandar khususnya di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. BH

Kerjasama PH-BN bukan punca utama pengundi pilih PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker