The Gadys dah tak sabar

The Gadys dah tak sabar

The Gadys yang dianggotai empat wanita cantik terdiri daripada pelakon Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini tidak sabar untuk memperkenalkan nama dan juga bakat mereka dalam industri muzik tanah air.

Sebagai pengenalan, mereka yang mempunyai 1.8 juta tanda suka di TikTok kini tampil dengan single Raya berjudul Gadys Raya ciptaan Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim.



“Lagu ini berkisarkan pengalaman kami sendiri yang tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan lebaran dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, kerinduan kami bakal terubat tahun ini apabila kerajaan mengumumkan fasa endemik. Jadi keseronokan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dan berkumpul bersama sanak saudara, memasak juadah dan membuat persiapan raya bersama-sama keluarga tercinta semuanya diabadikan menerusi lagu ini,” kata mereka kepada Harian Metro.

Menerusi muzik video Gadys Raya, dipaparkan keletah mereka ketika mahu pulang beraya di kampung serta aktiviti memasak sebagai persediaan meraikan Aidilfitri.

“Vibes’ lagu itu sangat ceria, sesuai dengan sifat anggota The Gadys. Di sebalik keceriaan lagu ini, kami



sebenarnya menyampaikan mesej agar jangan mengenang barang atau perkara yang sudah lepas,” katanya.

Menurut Nelissa pula, setiap individu yang terbabit menyiapkan Gadys Raya memberi impak cukup besar kepada mereka.

“Kami berharap muzik video ini mendapat maklum balas yang baik daripada penonton. Kami juga berharap lagu itu mampu menjadi ‘evergreen’ dan sentiasa diputarkan setiap kali hari raya.

“Keempat-empat kami adalah kenalan dan rakan di bidang lakonan dan ada di antaranya adalah rakan satu universiti.



“Hubungan kami mula menjadi akrab selepas program game show yang dikenali sebagai The Next My Star pada 2020. Sejak itu kami tak boleh berenggang sehingga wujudnya The Gadys,” katanya.

Lagu Gadys Raya dilancarkan di semua platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX dan Deezer serta muzik video di YouTube The Gadys mulai semalam. HM

The Gadys dah tak sabar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker