‘Salah ke saya tegur?’


Datuk Hattan menjelaskan suara lantangnya dalam membicarakan sesuatu isu melalui media sosial bukanlah kerana mahu menjadi ‘hero’ atau sekadar membabi-buta.

Sebaliknya, Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin berbuat demikian atas rasa tanggungjawab dan mahu mendidik pihak terbabit agar tidak terus melakukan kesilapan.

“Saya tidak tegur secara membabi-buta tetapi berdasarkan fakta dan apa yang dianggap betul daripada segi peribadi saya.

“Ini sama seperti teguran saya mengenai isu rentas negeri, minggu lalu. Teguran itu membabitkan ramai pihak, bukannya ditujukan kepada seorang selebriti sahaja.

“Bagi saya, apabila dapat peluang untuk ke mana-mana, janganlah salah guna. Sebab kalau peluang itu disalah guna, perkara itu akan membabitkan semua orang.

“Salah ke saya nak tegur? Kalau saya tak tegur, siapa lagi nak buat teguran itu. Bagaimanapun, selepas ditegur, barulah nampak keinsafan,” katanya kepada BH Online.

Walaupun menyedari tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang pihak yang ditegur, penyanyi Memburu Rindu ini enggan mengambil peduli.

Malah, Hattan bersikap terbuka jika ada mana-mana pihak ingin melakukan perbuatan yang sama terhadap dirinya.

“Terpulang kepada mereka sama ada mahu suka atau tidak. Dalam hidup ini, tidak semua orang suka kita. Saya tidak ambil kisah pun.

“Hendak dengar okay, kalau tak nak dengar pun tidak mengapa. Saya tetap bersuara jika berlaku perkara yang memerlukan saya berbuat demikian,” katanya ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta produk minuman jenama Stobu di Petaling Jaya, semalam.

Hattan menambah, dia merasakan tindakannya menegur adalah betul apabila ramai rakan seperjuangan menyokong dengan berkongsi pandangan sama.

Antara isu yang disuarakan artis senior ini adalah sikap segelintir selebriti dan Instafamous yang menyalahgunakan kebenaran rentas negeri dan insiden Nabila Razali ‘terkucil’ pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, bulan lalu. BH

“Puncanya benda-benda bangang macam ni la”- Hattan bidas selebriti menunjuk dapat rentas negeri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker