Seksa kemaluan tersekat pada muncung botol



Sebaran :


PONTIAN: Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila kemaluannya tersekat pada muncung botol plastik, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan II, Julia Sani, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.18 malam tadi.

Katanya, sebuah jentera FRT bersama enam anggota dihantar ke Hospital Pontian, di sini, bagi membantu mangsa.



“Setibanya di Hospital Pontian, didapati seorang lelaki dewasa berusia 47 tahun dengan kemaluannya tersekat pada muncung botol plastik.

“Alat sulit lelaki berkenaan membengkak dan sukar dikeluarkan dari muncung botol plastik itu menyebabkan dia ke Hospital Pontian bagi mendapatkan bantuan.

“Anggota bomba memotong botol berkenaan menggunakan satu unit alat peralatan khas pemotong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Julia berkata, operasi mengambil masa kira-kira 20 minit. BH

Kemaluan lelaki Pakistan dipotong 4 lelaki di Klang


Sebaran :


Leave a Reply