Neelofa kecam pengasuh durjana
Neelofa kecam pengasuh durjana
Selebriti terkenal, Neelofa terpanggil meluahkan rasa geram apabila anak kepada pempengaruh Indonesia iaitu Emy Aghnia didera pengasuh sehingga mengalami kecederaan pada kepala, mata dan telinga.
Meskipun berlaku di negara jiran, berita tersebut tular sehingga mendapat perhatian ramai termasuk pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, yang turut melepaskan amarah terhadap pelaku.
“Memang tiada rupa manusia kalau dapat ini,” katanya menerusi ruangan komen dalam Instagram Emy.
Dalam masa sama, pengacara Next To Neelofa itu turut mendoakan keselamatan setiap kanak-kanak supaya sentiasa dalam peliharaan Allah.
“Doa sentiasa anak-anak kita dalam jagaan dan lindungan Allah SWT di mana serta dengan siapa mereka pun,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, Emy Aghnia mendedahkan anaknya yang berusia tiga tahun didera pengasuh yang sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.
Kejadian yang mengakibatkan kecederaan serta trauma tersebut telah dilaporkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, beberapa artis lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aeril Zafril dan Mira Filzah turut meluahkan rasa sebak selepas melihat keadaan anak itu diperlakukan sebegitu. K Online
Neelofa kecam pengasuh durjana
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen