Zarina, Safiah dituduh rompak bersenjata RM300,000
Zarina, Safiah dituduh rompak bersenjata RM300,000
AMPANG – Dua wanita berusia 50-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan bersenjata terhadap seorang lelaki membabitkan wang tunai RM300,000 tiga minggu lalu.
Bagaimanapun kedua-dua tertuduh iaitu Zarina Sinin, 54, dan Safiah Ibrahim, 59, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama lima lagi individu yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpulan dengan bersenjatakan objek seperti pistol dan penyembur lada terhadap seorang mangsa lelaki yang berusia 27 tahun dan telah mengambil wang tunai berjumlah RM300,000 miliknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan di Taman Melawati di sini pukul 1 petang pada 15 Mac lalu (2024).
Justeru, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap tertuduh selain syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Bagaimanapun, peguam Muhammad Fadhli M.Sutris yang mewakili Zarina menyifatkan cadangan nilai jaminan oleh pihak pendakwaan terlalu tinggi dan memohon agar nilai itu dikurangkan ke lingkungan RM5,000.
Sementara itu, Safiah yang tidak diwakili peguam merayu agar dibenarkan jaminan yang minima memandangkan turut tidak mempunyai pendapatan dan sekadar bergantung kepada anak-anaknya.
Selepas mendengar makluman dan hujah kedua-dua pihak, Hakim Wan Mohd. Norisham menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap tertuduh bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali setiap bulan.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 Jun ini bagi sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikkan peguam bagi Safiah.
Pada 19 Mac lalu, media melaporkan tiga wanita ditahan selepas disyaki terbabit kes samun membabitkan urus niaga emas hingga kerugian RM300,000.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, mereka ditahan susulan laporan seorang lelaki yang mendakwa diperdaya pada 15 Mac lalu.
Katanya, mangsa bersama rakannya membuat urus niaga berkaitan jongkong emas dengan dua individu di sebuah pusat beli belah.
Mangsa kemudian diminta menaiki sebuah kereta untuk mengambil emas berkenaan dan didakwa dibawa pusing tiga kali mengelilingi pusat beli belah terbabit.
Empat lagi suspek datang, dengan seorang daripadanya mengacukan pistol ke arah kepala mangsa.
Suspek kemudian menyembur alat sembur lada ke mata mangsa dan merampas beg yang mengandungi wang tunai berjumlah RM300,000 diri dengan menaiki kereta lain. K Online
Zarina, Safiah dituduh rompak bersenjata RM300,000
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET