Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
TEMERLOH – Menggelupur dan panas kesakitan. Itu yang dialami tujuh beranak apabila dapur gas mudah alih meletup.
Kejadian pada 9 Mac lalu berlaku ketika keluarga berkenaan yang berasal dari Bera singgah untuk menikmati juadah stimbot di sebuah restoran di sini.
Noraini Abdullah,53, berkata, kejadian berlaku sekelip mata kira-kira pukul 6.45 petang ketika dia bersama suami dan empat orang anak serta seorang menantunya sedang memanggang dan merebus sup di restoran berkenaan.
“Kami sekeluarga menggelupur kesakitan dan kepanasan bukan kerana percikan air panas atau minyak panas tetapi api gas.
“Akibat kejadian kami kami terpaksa menyambut Ramadan di dalam wad dan pada masa ini kesakitan masih terasa serta terpaksa mendapat rawatan susulan,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya selepas kejadian mereka dibawa ke sebuah klinik swasta berhampiran bagi mendapatkan rawatan sebelum melakukan rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor.
Katanya, selepas dirawat di wad selama empat hari dan dirujuk kepada pakar di hospital berkenaan mereka kini terus mendapatkan rawatan susulan.
Dalam pada itu beliau menegaskan tidak akan berdiam diri dan mahukan haknya sebagai pengguna susulan kejadian berkenaan dan telah membuat laporan polis di Temerloh.
Katanya, beliau juga kesal dengan pihak restoran yang tidak mahu bertanggungjawab sebaliknya meminta mereka mengambil tindakan terhadap kedai yang menjual dapur gas mudah alih.
“Saya tanya juga kepada pemilik kedai sama ada dia ada ambil insurans dan sempoi dia jawab tiada. Jadi risiko sepatutnya siapa yang tanggung.
“Pada masa ini kami hendak membuat rawatan dahulu sehingga sembuh sepenuhnya sebelum membuat apa-apa tindakan,”ujarnya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 16 Mac lalu yang dikategorikan sebagai kes sivil.
“Setakat ini kita tidak jalankan siasatan dan tidak pasti jabatan lain siasat atau tidak,” ujarnya. K Online
Baca Artikel Menarik:
- Kenyataan Marissa cetus tanda tanya
- Dah kenapa saya nak tangkap Ruhainies, soal Bella
- Anwar bertatu namun penuh insaf, tunai umrah di bulan Ramadhan
- Terlalu banyak kesakitan yang dilakukan terhadap orang Islam – Liyana Jasmay
- Demam nak raya sampai pasang lampu raya dekat kereta (Video)
- Zarina muhasabah diri digam stesen TV
- Belum cerai, ibu Aliff Aziz sudah ‘unfollow’ IG Bella
- Wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan, masjid buat laporan polis
- Isu Marissa Kahwin lari, Norman Hakim tegur Abby Abadi kerana kongsi aib keluarga
- Ahli keluarga Ayah Pin kembali berkumpul, polis pantau rapat usaha hidupkan ‘Kerajaan Langit’
- Zahid dakwa MN runtuh kerana sikap hipokrit PAS, Fadhli Shaari sentap
- Wanita beri donat juadah berbuka kepada jiran sebelum kelar bayi hingga mati
- Boikot restoren atau gerai yang caj RM2 pengunjung tak pesan minuman
- Wan Saiful buat hal lagi
- Stoking kalimah Allah, KK Mart melampau, ‘mohon maaf semudah itu sahaja’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023