‘Pesta air’ di tapak Pesta Pulau Pinang

‘Pesta air’ di tapak Pesta Pulau Pinang

Georgetown: Tapak Pesta Pulau Pinang antara lokasi di daerah ini yang dilanda banjir kilat dan pokok tumbang akibat hujan lebat, malam tadi.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Ijan, 43, berkata, reruai yang disewa di tapak pesta itu bagi jualan aksesori telefon bimbit dan minuman turut digenangi air.

Katanya, limpahan air disedari naik pada 8.45 malam, namun surut sejam kemudian.

“Saya percaya longkang sedia ada tidak mampu menampung air hujan menyebabkan ia melimpah. Hanya peniaga di bahagian belakang tapak pesta sahaja yang terjejas kerana reruai kami terletak berhampiran longkang.

“Namun syukur kerana sempat menyelamatkan barangan jualan sebelum air naik dan kami terpaksa tutup sementara,” katanya ketika dihubungi.

Peniaga itu yang sudah 20 tahun berniaga di tapak pesta turut berkongsi banjir kilat itu di TikTok dan mendakwa, ia kini menjadi ‘pesta air’

Sementara itu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melaporkan kejadian pokok tumbang di Jalan Paya Terubong, laluan dari Air Itam ke Relau.

“Pasukan Skuad Pantas MBPP bergegas ke lokasi kejadian (selepas terima aduan) bagi melaksanakan kerja memotong, mengalih dan membersihkan pokok tumbang,” kata MBPP dalam kenyataan dimuat naik di Facebook. HM

‘Pesta air’ di tapak Pesta Pulau Pinang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zainal tak malu mengaku guna botox

Liza Hanim kecewa bakat tidak dihargai

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker