30 rumah di Sekinchan di badai ribut

30 rumah di Sekinchan di badai ribut

30 rumah di Sekinchan di badai ribut
Keadaan rumah yang terjejas selepas di badai ribut di Taman Ria, Sekinchan petang tadi. – Foto ihsan pembaca

SABAK BERNAM: Sekurang-kurangnya 30 rumah di Taman Ria, Sekinchan di sini terjejas akibat di badai ribut hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam, Ali Sadikin Sadin, berkata pihaknya mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Seri Sekinchan pada jam 4.50 petang bagi menempatkan mangsa yang terkesan.

“Semua agensi berkaitan diarah bersiap siaga dalam menghadapi situasi ini termasuk menyediakan bantuan segera kepada mangsa yang terjejas serta melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

Ali Sadikin berkata, orang ramai khususnya yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan dan pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Terdahulu, tular di laman Facebook video dan gambar memaparkan kejadian ribut melanda Sekinchan.

Untuk rekod, ini adalah kejadian kedua dengan kali pertama di Kampung Parit Empat, 6 Mac lalu membabitkan lapan rumah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker