Tahun 2025 polis akan guna kamera badan sepenuhnya – Menteri KDN
Kamera badan polis dijangka digunakan sepenuhnya mulai 2025, menurut Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam jawapan bertulis parlimen, Saifuddin berkata demikian berdasarkan garis masa kerajaan mendapatkan dan menguji peralatan itu, serta memberi latihan kepada anggota polis tentang cara menggunakannya.
Menurut menteri itu, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM30 juta pada 2021 untuk polis mendapatkan kamera badan, yang akan digunakan oleh pegawai dalam tugas harian mereka.
“Pada masa ini, proses perolehan sedang dilaksanakan oleh Kementerian. Lembaga Perolehan KDN dijangka bersidang dalam bulan November 2023 dan Surat Setuju Terima (SST) dijangka dikeluarkan pada bulan Disember 2023.
“Jangkaan BWC (kamera badan) akan digunakan sepenuhnya oleh PDRM adalah pada suku pertama tahun 2025 dengan mengambil kira keseluruhan proses pembekalan seperti pengujian, lawatan tapak, latihan dan pentauliahan yang akan berlangsung dari Januari 2024 hingga Disember 2024,” katanya.
Jawapan Saifuddin itu sebagai menjawab soalan Lim Lip Eng (Pakatan Harapan-Kepong), yang ingin tahu mengapa polis masih belum menggunakan kamera badan dalam menjalankan tugas harian.
Sementara itu, kepada soalan lain daripada Lim, menteri itu berkata penyelidikan sedang dijalankan oleh pasukan berkenaan bagaimana mereka boleh menambah baik pakaian polis dengan mengambil kira cuaca Malaysia.
Pada 2021, perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa pegawai penguat kuasa akan dilengkapi dengan kamera badan, melindungi polis daripada fitnah oleh penjenayah atau orang yang tidak bertanggungjawab.
Kerajaan, katanya, telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk tujuan ini.
Disember lalu, Saifuddin dilaporkan berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi perolehan kamera badan dan proses perolehan sedang berjalan.
Dilaporkan dia telah mengarahkan ketua setiausaha kementerian untuk membuat susulan berhubung perkara itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf
- Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata
- Norish Karman kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin
- Artis lama sorok derita
- Serangan DragonForce terhadap rangkaian strategik Zionis, BNM keluar notis berjaga-jaga
- Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah
- Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan
- Kanak-kanak Malaysia jadikan Roblox tempat bersolidariti untuk Palestin mengejutkan dunia [VIDEO]
- China beri amaran pada Amerika
- Teresa datang Langkawi tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi
- Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang
- Imej satelit papar kemusnahan di Gaza
- Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN
- Siti Jamumall jaga abang OKU, bukan ‘biawak hidup’
- Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa
Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U
Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur