Penyanyi Rock langgar mati penunggang motosikal

Gambar Hiasan

Penyanyi kumpulan rock 1990-an terbabit kemalangan di Jalan Kuantan-Maran dekat susur Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah di Kuantan sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal tidak ditahan polis.

“Setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, menurut Harian Metro

Akhbar itu melaporkan Eddy Kusmiran Ambi, 61, maut di tempat kejadian selepas Yamaha Lagendanya berlanggar dengan BMW dipandu penyanyi 53 tahun itu pada 10.45 pagi semalam.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika BMW itu dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju Rompin dan setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan.



Penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta terbabit tidak cedera.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker