Mohon maaf jika ‘suci’ jalin persahabatan, Pemuda Umno beritahu DAP

Mohon maaf jika ‘suci’ jalin persahabatan, Pemuda Umno beritahu DAP

DAP perlu memohon maaf kepada Umno atas segala tohmahan terhadap parti itu kerana ia mengguris hati semua ahli sehingga kini, kata Ketua Pemuda Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata, permohonan itu perlu dibuat jika DAP mahu melembutkan hati orang Melayu dan Umno supaya memilih mereka pada PRN akan datang.

“Kalau mahu hati orang (Melayu ) lembut, DAP perlu mohon maaf dengan tohmahan dibuat sebelum ini kepada Umno,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno bagi sayap itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Akmal berkata, Pemuda Umno turut menuntut DAP membuktikan parti itu tidak mempunyai agenda perkauman dalam pentadbiran kerajaan perpaduan.

“DAP perlu membuktikan segala tohmahan pemikiran, cakap-cakap DAP anti-Melayu, anti-Islam, rasis, komunis ‘centric’, tidak sama-sekali akan berlaku dalam kerajaan perpaduan.

“Kena jujur, kenapa dengan GPS (Gabungan Parti Sarawak) boleh buat, kenapa bukan dengan kita. Kalau betul-betul suci menjalinkan tali persahabatan, kita mohon DAP tarik balik segala tohmahan kepada Umno dulu. Tiada selindung lagi, kita kena jujur…inilah luahan hati akar umbi,” katanya.

Akmal yang juga Adun Merlimau menegaskan, meskipun Umno dan DAP kini menjadi antara 19 komponen parti membentuk kerajaan perpaduan, terdapat “garisan” yang perlu dihormati.

Katanya, Umno tidak sesekali akan menjadi DAP dan mengikut rentak parti itu.

“Umno tidak akan sesekali menjadi DAP, dan kita tidak pernah minta DAP menjadi Umno. Pemuda akan pastikan yang Umno tidak akan menjadi DAP.

“Ini sumpah dan ikrar Pemuda, kita takkan sesekali berkompromi. Pemuda Umno ingin tegaskan kita bersama kerajaan perpaduan atas faktor titah Agong untuk kestabilan negara.

“Kita berkongsi ruang pentadbiran, tetapi bukan ruang fahaman. Kita rentas politik kepartian, tapi kita sempadankan prinsip perjuangan. Kalau ada yang berani melintas, Pemuda Umno yang pertama akan datang mencantas,” katanya. FMT

Mohon maaf jika ‘suci’ jalin persahabatan, Pemuda Umno beritahu DAP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker