Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa yang sesuai diberikan kepada seorang penjual nasi lemak yang juga janda muda dikenali sebagai Sharifah Nurul Hamirah Syed Mohd. Hamza apabila kuasa viral membuatkan dirinya dikenali ramai.

Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, biarpun rumah tangga yang dibina ‘karam’, namun dia tetap cekal meneruskan hidup demi anak-anak tercinta.

Mesra disapa dengan panggilan Mya dalam kalangan pelanggannya, dia berkata, perniagaan secara kecil-kecilan itu diusahakan selepas lebih empat tahun makan gaji dengan bekerja di premis menjual minyak wangi.

Ujar wanita berusia 30 tahun itu, sambutan hebat yang diterima daripada pelanggan membuatkannya berani mengorak langkah membuka gerai nasi lemak di Sentul, Kuala Lumpur sejak awal Januari lalu.

“Sebelum ini saya bekerja di sebuah kedai minyak wangi di dalam pusat beli- belah di ibu negara. Pada masa sama, saya juga banyak buat live TikTok untuk jual minyak wangi.

“Sampai satu masa, saya buat keputusan untuk berhenti dan buka bisnes. Ini merupakan bidang baharu bagi saya.

“Pada tahun lepas, saya berniaga nasi lemak daun pisang dari rumah ke rumah. Ketika itu, saya hanya berniaga secara online.

“Lama-kelamaan, saya rasa macam hendak buka gerai sendiri kerana ada pelanggan yang buat pesanan online sebelum ini, tetapi tidak datang ambil.

“Kalau ada gerai ini senang. Jika nasi lemak tidak habis, hendak bersedekah pun lebih mudah,” katanya.

Tambah Mya, buat masa ini, dia memberi fokus kepada satu menu sahaja iaitu nasi lemak daun pisang dengan telur rebus, sambal dan ikan bilis yang dijual pada harga RM1.50 sebungkus.

Sejak memulakan perniagaan gerai di tepi jalan, Mya turut membuat hebahan dengan berkongsi video-video menerusi media sosial.

Dia tidak menyangka hebahannya itu dihujani ribuan komen daripada netizen dan mencapai tontonan sehingga lebih daripada 1.1 juta penonton.

Akuinya, dia sendiri terkejut dan tidak pernah menyangka dengan sambutan luar biasa itu.

Dia berkata, ia merupakan satu permulaan yang baik untuk perniagaan nasi lemaknya.

“Keluarga sebelah emak saya berasal dari Terengganu dan kebanyakan mereka memang berniaga.

“Jadi, darah bisnes itu memang sudah ada dalam diri ini.

“Bagi bisnes nasi lemak ini, emak yang buatkan sambalnya. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sampai tidak menang tangan.

“Dekat gerai ramai yang beratur. Memang viral melampau-lampau. Walaupun sudah habis, tetap ada orang beratur dan sanggup tunggu. Saya tak jangka gerai ini akan viral,” katanya. K Online

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker