Bukti pensyariatan solat para nabi terdahulu
Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran
Bukti pensyariatan solat para nabi terdahulu
Solat satu bentuk hubungan secara langsung yang berlaku antara hamba dengan pencipta iaitu manusia dengan Allah. Terdapat sembilan ayat al-Quran yang membuktikan pensyariatan solat dalam syariat nabi-nabi terdahulu antaranya :
“Kami telah perintah kepada Ibrahim dan Ismail, “Bersihlah rumahKu untuk orang-orang tawaf yang iktikaf yang rukuk dan sujud.” (al-Baqarah: 125). Ungkapan ‘rukuk dan sujud’ dihuraikan oleh Ibn Kathir, Abdullah bin Abbas, Ata’ dan Qatadah sebagai ‘orang mendirikan solat’ kerana seseorang yang solat melakukan perbuatan rukuk dan sujud. Ayat ini membuktikan bahawa solat telah disyariatkan kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
“Kami telah menjadikan mereka itu (Ishak dan Yaakub) sebagai pemimpin yang memberi petunjuk kepada perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat dan hanya kepada Kamilah mereka selalu mengabdi diri.” (al-Anbiya’: 73) Ayat ini membuktikan solat disyariatkan kepada Nabi Ishak a.s. dan Nabi Yaakub a.s.
“Ceritalah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail yang tersebut dalam al-Quran, sesungguhnya ia adalah seorang rasul dan nabi. Ia menyuruh ahlinya mendirikan solat dan menunaikan zakat dan dia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya.” (Maryam: 54-55). Ayat ini membuktikan, solat telah disyariatkan kepada Nabi Ismail a.s.
“Ingatlah ketika dipertunjukkan kepadanya (Sulaiman) kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti dan cepat waktu berlari pada waktu petang, maka ia berkata, “Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) kerana ingat kepada Tuhanku sampai kuda itu tertutup dari pandangan.” (Sad: 31-32). Ungkapan “ingat kepada Tuhanku” ditafsirkan oleh sesetengah ahli tafsir sebagai solat Asar.
Mereka berpendapat, ayat ini menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Nabi Sulaiman a.s. yang terlalu suka dan minat kepada kuda sehingga menyebabkan Baginda terlepas menunaikan solat Asar. Ini bermakna, solat telah pun disyariatkan kepada Nabi Sulaiman a.s.
“Mereka berkata, “Hai Syuib, apakah solatmu menyuruh kami agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa kamu atau melarang kami memperbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang penyantun lagi berakal.” (Hud: 87). Ayat ini membuktikan, solat telah disyariatkan kepada Nabi Syuib a.s.
Luqman berkata, “Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah.” (Luqman: 17)
“Kemudian Malaikat Jibril memanggil Zakaria sedang ia mendirikan solat di mihrab (katanya), “sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah menjadi ikutan, menahan diri (dari pengaruh hawa nafsu) dan seorang nabi dan keturunan orang-orang salih.” (Ali-Imran: 39). Ayat ini membuktikan solat disyariatkan kepada Nabi Zakaria a.s.
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.” (Taha: 14). Ayat ini membuktikan solat telah disyariatkan kepada Nabi Musa a.s.
“Dia (Allah) memerintahkan kepadaku mendirikan solat dan menunaikan zakat selama aku hidup.” (Maryam: 31). Ayat ini membuktikan solat disyariatkan kepada Nabi Isa a.s.
Bukti pensyariatan solat para nabi terdahulu
Baca Artikel Menarik:
- SISPAA ibarat mimpi ngeri buat penjawat awam
- Tak Sangka Simpan Bulu Kemaluan Pun Ada Manfaat? Extra: Risiko Bercukur Yang Anda Perlu Tahu!
- FAM bukan pak turut TMJ
- Mencarik imej damai tokoh PAS Fadzil Noor, Nik Aziz
- Sarjan ditemui maut dengan 3 kesan tembakan
- Athira letak kesalahan pada orang lain – Isteri Hafidz Roshdi
- Berkhalwat dengan rakan baik suami, ibu 2 anak ditahan
- Kerajaan mahu lahirkan 125,000 huffaz profesional – Zahid
- Muhyiddin antara suspek siasatan – SPRM
- Mahathir setuju kerjasama dengan Kedah – Sanusi
- Bekas ‘orang kuat’ Ismail Sabri dirujuk ke Lembaga Disiplin UMNO
- Pertemuan Pejuang-PAS, ‘kalau Mukhriz minta kerusi di Kedah saya jammed’ – Sanusi
- Usul tetap penggal Parlimen langkah menafikan kuasa budi bicara Agong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri
Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar