Ismail Sabri akan beri penjelasan kekecewaan Agong
Ismail Sabri akan beri penjelasan kekecewaan Agong
Naib Presiden Umno Khaled Nordin berkata Ismail Sabri Yaakob akan memberi penjelasan berhubung kekecewaan yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong dalam masa beberapa hari lagi.
Ia selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik negara.
“Saya fikir perdana menteri (sementara) akan jawab sehari dua lagi. Dia kata demikian ketika mesyuarat biro politik (Umno) sebab kita tanya apa yang dimaksudkan Agong (dalam kenyataannya).
“Dia (Ismail Sabri) orang terbaik untuk jawab berkenaannya,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat biro politik Umno di PWTC hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Ab Rauf Yusoh pula berkata dia tidak tahu berkenaan kekecewaan Sultan Abdullah.
“Itu kita akan nyatakan nanti. Kita pun tak tahu apa yang Agong kecewa.
“Kita tidak bincang tentang kekecewaan Agong (tapi) sudah pastinya negara memerlukan sebuah keadaan politik yang stabil,” katanya.
Terdahulu hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Sultan Abdullah menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik negara dan tiada pilihan selain memperkenankan permintaan untuk Parlimen dibubarkan.
Justeru, katanya, Sultan Abdullah berpandangan perkenan perlu diberikan agar mandat dapat dipulangkan semula kepada rakyat. Mk
Ismail Sabri akan beri penjelasan kekecewaan Agong
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)