Jawi tegur Ketua Imam baca doa tambah isteri
Jawi tegur Ketua Imam baca doa tambah isteri
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) maklum mengenai video tular bacaan doa untuk dimurahkan rezeki menambah isteri lebih daripada seorang di sebuah program tertutup anjuran jabatan yang membabitkan pegawainya, baru-baru ini.
Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, hasil siasatan mendapati lelaki membaca doa berkenaan adalah Ketua Imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.
Katanya, bacaan doa itu adalah di luar daripada teks doa yang ditetapkan pihak penganjur.
“Justeru tindakan nasihat dan teguran sudah diberikan terhadap pegawai berkenaan. Langkah itu bertujuan mengingatkannya supaya mematuhi garis panduan dan teks doa yang ditentukan oleh pihak Jawi pada masa akan datang.
“Ini kerana Jawi amat mengambil berat terhadap profesionalisme pegawai dalam melaksanakan tugasan supaya imej institusi Islam sentiasa terpelihara,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video seorang pegawai Jawi yang berseloroh ketika membaca doa dalam satu majlis tertutup anjuran jabatan berkenaan.
Rakaman video berdurasi 44 saat itu menunjukkan lelaki itu berdoa memohon diberikan rezeki yang mencurah bagi melayari bahtera kehidupan dan membolehkan menambah isteri lebih daripada seorang.
Dalam video sama, pegawai berkenaan dalam doanya turut mengeluarkan kenyataan yang paling ramai berpoligami adalah dalam kalangan kakitangan Jawi.
Video tular itu mendapat reaksi kurang menyenangkan dalam kalangan pengguna media sosial.
Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan pegawai itu yang dikatakan tidak sensitif dalam isu poligami. HM
Jawi tegur Ketua Imam baca doa tambah isteri
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip