Anak kami ditekan sokong Muhyiddin – Ibu, bapa Syed Saddiq
Anak kami ditekan sokong Muhyiddin – Ibu, bapa Syed Saddiq
Bapa dan ibu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi keterangan bahawa anak mereka ditekan untuk menyokong perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin.
Ibu dan bapa bekas menteri belia dan sukan itu memberi keterangan demikian semasa perbicaraan hari ini terhadap Syed Saddiq berhubung dakwaan penyelewengan dan pengubahan wang haram lebih RM1 juta dana daripada sayap Pemuda Bersatu.
Bapa ahli parlimen Muar itu, Syed Abdul Rahman Alsagoff memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai tekanan yang didakwa diterima anaknya.
“Sejujurnya saya katakan bahawa sokongan kepada Muhyiddin ketika itu adalah tipis (pada 2020) dan sudah pasti anak saya akan dianiaya kerana politiknya tidak sehaluan dengan Tan Sri (Muhyiddin).
“Saya tahu anak saya tegas dan berintegriti tinggi dan saya menasihatkan dia untuk terus maju dan mengekalkan pendirian yang kukuh dan jujur,” kata Syed Abdul Rahman semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Gobind Singh Deo.
Apabila Gobind bertanya sama ada Syed Saddiq disiasat untuk memaksanya menyokong Muhyiddin, saksi itu bersetuju.
Ibu tertuduh Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz pula memberi keterangan bahawa pegawai SPRM, yang menyoalnya sebagai sebahagian daripada penyiasatan terhadap anaknya, telah ‘menasihatkan secara berseloroh’ supaya menasihatkan anaknya supaya menyokong kerajaan PN ketika itu pada 2020.
“Sebagai seorang ibu, hati saya tersentap apabila pegawai (SPRM) memberitahu saya adalah lebih baik jika saya menasihati anak saya supaya mengikut sahaja kerajaan yang ada sekarang supaya saya dan suami tidak disiasat lagi,” dakwa Sharifah. .
“Sebagai ibu, saya sayangkan anak saya dan tahu pengorbanannya, ia bukan mudah, saya anggap anak saya sudah menjadi mangsa politik,” katanya ketika memberi keterangan.
Menjawab soalan Gobind sama ada Syed Saddiq ditekan untuk menyokong kerajaan ketika itu di bawah Muhyiddin, dia turut bersetuju. Mk
Anak kami ditekan sokong Muhyiddin – Ibu, bapa Syed Saddiq
Baca Artikel Menarik:
- Perniagaan disyaki punca remaja wanita diserang peniaga
- Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib
- UKSB: Latheefa juga mesti disiasat
- PKR takkan bincang dengan Azmin, tapi bagaimana dengan Rafizi?
- Tindakan PH kurang saiz tren, punca perkhidmatan LRT tergendala – Najib
- Bersatu mungkin tak bertindak balas jika PM kekalkan Zuraida kerana takut PRU awal?
- Umpan makanan, baling batu dan tendang kucing
- Pembantu khas bekas menteri dipenjara dua tahun
- Willie Mongin mohon sertai PBB
- Azmin jangan putar belit fakta – Shahrir
- Tak dapat A SPM pun, dapat suami
- Samun kedai emas selepas kehabisan simpanan kripto
- Kekasih Azri Iskandar Terus Letak ‘Call’ Ketika Interview ‘Live’, Netizen Kata Sah ‘Fake Account’ (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]
Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king