Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri
Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri
Sungai Petani: Kehilangan dua insan tercinta pada hari sama ketika Aidilfitri bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima.
Namun bagi Farahana Mohd Fakri, 28, dia dan dua adik perempuannya tetap reda selepas ibu, Norsah Chik, 59, dan bapa, Mohd Fakri Abdullah, 60, meninggal dunia hanya berselang 12 jam ketika umat Islam sedang bergembira menyambut hari raya, semalam.
Farahana berkata, ibu meninggal dunia pada 8.50 pagi di rumah mereka di Guar Chempedak selepas menderita kanser usus tahap empat, manakala arwah bapa pula pada 8.50 malam di hospital akibat serangan jantung.
Menurutnya, ibunya pada 5 April lalu dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Yan selepas matanya mengalami kuning selain fizikalnya yang terlalu kurus.
“Ibu kemudiannya terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum doktor yang melakukan pemeriksaan memberitahu yang arwah menghidap kanser usus tahap empat.
“Doktor pada mulanya mahu melakukan pembedahan namun selepas perbincangan, kami tiga beradik mengambil keputusan untuk membawa ibu pulang dan menjaganya secara bergilir,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mereka menjaga ibu sehingga arwah menghembuskan nafas terakhir pada pagi kelmarin sebelum dimaklumkan bapa pula meninggal dunia kira-kira 12 jam selepas itu.
“Malam sebelum ibu meninggal dunia, adik seperti biasa ke bilik tidurnya dan ketika itu dia melihat arwah sudah dalam keadaan lemah dan berbaring dengan kakinya menghadap kiblat.
“Kami adik beradik kemudiannya membaca surah Yasin sehinggalah arwah akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga dan kami reda dengan pemergiannya,” katanya.
Menurutnya, ketika sibuk menguruskan jenazah ibu, dia dihubungi pula doktor yang memintanya supaya datang segera ke hospital kerana keadaan bapa yang sudah nazak ketika itu.
“Sebaik tiba di hospital, saya sempat meminta maaf kepada bapa selain turut memberitahunya yang ibu sudah meninggal dunia walaupun bapa ketika itu sudah tidak sedarkan diri.
“Bagaimanapun, bapa disahkan meninggal dunia pada 8.50 malam oleh doktor akibat serangan jantung dan kami sekeluarga reda dengan pemergian dua insan tercinta pada hari yang sama,” katanya.
Menurutnya, arwah bapa dimasukkan ke HSAH pada malam Sabtu lalu selepas mengadu sakit dada sebelum dia ditidurkan ketika menjalani rawatan.
“Arwah bapa sempat menghubungi saya sebelum berbuka puasa memaklumkan yang dia dalam perjalanan ke hospital bersama rakannya kerana sakit dada.
“Saya sempat bertemu dengannya di hospital sebelum dia ditidurkan dan doktor ketika itu sudah memberitahu yang keadaan bapa sangat teruk,” katanya.
Jenazah Allahyarhamah Norsah dikebumi selepas solat Asar semalam, manakala jenazah Allahyarham Mohd Fakri dikebumikan pada 12.10 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kolam, Guar Chempedak.
Kedua-dua jenazah dikebumikan bersebelahan antara satu sama lain dengan turut mendapatkan khidmat Skuad Hang Cangkul Murtadha Dakwah Centre (Madad) bagi memudahkan urusan pengebumian dilakukan. HM
Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri
Baca Artikel Menarik:
- Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
- Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
- Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
- ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
- Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
- Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
- Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
- Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
- Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
- Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
- 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
- Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)