Ismail beraya bersama Chong Wei dan keluarga

Ismail beraya bersama Chong Wei dan keluarga

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkongsi sambutan Hari Raya bersama jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan keluarga malam tadi.

Beliau berkata, sambutan bersama itu adalah upacara setiap tahun berkait rapat dengannya sejak memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, sebelum ini.



“Terima kasih Chong Wei kerana menjulang nama negara di persada antarabangsa.

“Semoga Chong Wei terus membantu meningkatkan kecemerlangan badminton negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Chong Wei juga tidak ketinggalan dalam berkongsikan kunjungan hari raya berkenaan.

“Ramai yang tidak tahu yang Chong Wei dan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sudah berkenalan rapat sejak 2008 ketika beliau menyandang portfolio Menteri Belia dan Sukan.



“Sejak itu, setiap tahun kami sekeluarga akan melawat rumah beliau ketika Hari Raya.

“Tahun ini agak special kerana sudah dua tahun tidak jumpa. Kingston dan Terrence tetiba sudah besar, sudah pandai malu-malu!

“Dulu bukan main berguling-guling sana sini. Ini kali, Kingston terus keras macam robot tidak disapu minyak apabila Dato Sri bagi lauk ajak makan.

“PM… makan… dulu… PM… makan… Hi… hi… hi…”. Dengan suara robot 80-puluhan dia, gelak robot last itu yang buat tak tahan!



Chong Wei dan Ismail Sabri turut berkesempatan berkongsi pandangan dan pengetahuan mengenai perkembangan badminton negara dengan Datin Seri yang merupakan Patron badminton Malaysia. E9

Ismail beraya bersama Chong Wei dan keluarga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker