Masalah Panggilan Alam? Buah Kiwi Dan Kopi Panas Antara Cara Bantu Anda Segera Ke Toilet

Masalah Panggilan Alam? Buah Kiwi Dan Kopi Panas Antara Cara Bantu Anda Segera Ke Toilet

BEBERAPA hari tidak buang air besar walaupun sudah mencuba boleh membuatkan perut berasa tidak selesa seperti kembung atau sebu.

Sebenarnya terdapat ubat yang boleh diambil bagi merangsang rasa hendak membuang air besar iaitu laksatif atau julap yang berfungsi meningkatkan kekerapan dan memudahkan ‘panggilan alam’.

Akan tetapi, sebaik-baiknya cuba terlebih dahulu cara semula jadi tanpa bantuan ubat untuk memicu rasa sakit perut dan ‘membuang’.

1. Kopi panas

Percaya atau tidak, kopi panas dapat membantu menggerakkan pencernaan pada waktu pagi. Kandungan kafein pula mampu merangsang motiliti usus besar.

2. Buah kiwi

Buah kiwi kaya dengan kandungan serat malah dalam satu kajian pada 2019 menyebut, buah itu mampu melancarkan sistem penghadaman manusia. Dalam kata lain, ia boleh berfungsi sebagai julap semula jadi.

3. Minum air yang cukup

Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari iaitu lapan gelas bagi membantu usus dapat berfungsi dengan normal. Jika anda mengalami sembelit, segelas air mampu memicu pergerakan usus.

4. Senaman

Tidak perlu berasa hairan jika sedang bersenam anda tiba-tiba sakit perut. Ini kerana aktiviti senaman seperti mendaki bukit, berjalan kaki atau joging meningkatkan metabolisme yang menyebabkan peningkatan gerakan usus.

Jadi sekiranya anda sukar membuang air besar, apa kata lakukan senaman ringan bagi merangsang usus!

5. Urut perut

Lakukan urutan pada perut bagi memicu rasa sakit perut dan buang air besar kerana ia mampu membantu pergerakan usus anda.

Urutan boleh dimulakan dengan menekan bahagian bawah kanan perut, lalu naik ke arah tulang rusuk dan melintasi perut serta di bawah tulang rusuk sebelah kiri yang merupakan titik najis dikosongkan.

Masalah Panggilan Alam? Buah Kiwi Dan Kopi Panas Antara Cara Bantu Anda Segera Ke Toilet

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker