Warga emas 80 tahun miliki MyKad kali pertama
Seorang warga emas dari Kampung Pulau Rusa, di sini memiliki MyKad kali pertama ketika berusia 80 tahun.
Kad pengenalan diri Awang Che Salleh, 80, diserahkan Pengarah Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias sempena Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di kediaman warga emas terbabit, pada Rabu.
Menurut Badrul Hisham, masalah ketiadaan kad pengenalan Awang diketahui melalui perkhidmatan turun padang secara bergerak (Mobile Ehsan) yang dijalankan jabatan berkenaan.
Katanya, masalah kesihatan dialami warga emas itu seperti penyakit angin ahmar (lumpuh sebelah badan) dan tidak boleh bertutur menyebabkan pergerakannya terbatas.
“Awang dilahirkan di Kampung Serada, Terengganu pada 26 Julai 1941. Disebabkan keluarganya mengalami masalah kewangan, dia dibesarkan oleh keluarga angkat yang juga bapa sepupunya sejak berusia 3 tahun.
“Selepas keluarga angkatnya meninggal, dia kini dijaga oleh adik kandungnya dan tidak pernah bersekolah serta tidak berkahwin,” katanya dalam kenyataan kepada pemberita pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah JPN Terengganu, Mohamad Nasir Kareem.
Menurut Badrul Hisham, Program MEKAR JPN merupakan program turun padang bagi urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad, dan sijil kelahiran kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan mereka yang tinggal di pedalaman.
Katanya, JPN akan terus menjalankan aktiviti turun padang dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.
“Kita sentiasa prihatin dalam menjalankan aktiviti turun padang yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat selaras dengan slogan ‘Rakyat Di Hati JPN’.
“Ia merupakan pendekatan produktif JPN bagi memastikan setiap penduduk di Malaysia yang layak menerima dokumen pengenalan diri yang sah sekali gus membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan ditawarkan kerajaan,” ujarnya.
Beliau berkata, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 8014/7077 atau e-melkan ke [email protected] bagi mendapatkan maklumat lanjut Program MEKAR atau untuk mendapatkan janji temu bagi perkhidmatan ituhttp://[email protected]. – SH
Warga emas 80 tahun miliki MyKad kali pertama
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- Sudah tiada jalan BN, PN berunding
- DAP dakwa jika letak ‘patung’ di Kota Laksamana pun boleh menang
- Debat Kabotaj, Guan Eng tak dapat lawan Ka Siong
- Jangan Percaya Ujian ‘Saliva’ Atau Antigen – Shahrulezad
- PAS tidak akan beri undi jika BN-PN bertembung di PRN Melaka
- Lelaki ditahan pukul, bunuh, tanam mayat kekasih
- Ketua Pengarah Maritim ‘kong kali kong’, kasi tukar
- Kaedah Mencari Barang Hilang Menurut Islam
- Resepi laksa goreng seafood sempoi
- Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik
Layari Laman Facebook MYKMU.NET